Demi Bantu Adik Ainul Mardiah, Jejaka Ini Sanggup Jual Skuter Kesayangan
Azwa Rahman
12/04/2019 05:03 MYT
12/04/2019 05:03 MYT
Penderitaan adik Ainul Mardiah, bayi berusia lapan bulan yang mengalami ketumbuhan di bahagian mulutnya sememangnya menyayat hati segenap rakyat Malaysia.
Mahu berkongsi keprihatinan bersama anak kecil yang menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’ ini, seorang lelaki bernama Khairul Nizam sanggup melepaskan skuternya.
Menerusi satu entri di Facebook, Khairul mahu menjual skuter NVX berwarna kuning dengan harga RM6,000 untuk didermakan kepada keluarga adik Ainul Mardiah.
Tulisnya lagi, “enjin motor tiada masalah, dah boleh tukar nama. Harap ada sesiapa yang dapat bantu.”
Pelan asal untuk skuter tersebut sepatutnya berada di dalam pameran autoshow dan meminta orang yang mahu membeli skuter tersebut untuk menerima seadanya keadaan skuter tersebut.
Pada yang mahu membeli skuter tersebut, sila berurusan terus dengan Khairul menerusi Facebooknya.
Selain itu, pada yang mahu menghulurkan bantuan, tertera juga nombor telefon dan nombor akaun bank ayah adik Ainul Mardiah untuk proses menderma.
Difahamkan, kanser pada mulutnya itu tidak boleh dibuang. Adik Ainul Mardiah memerlukan kira-kira RM1,000 untuk bekalan ubat selama tiga hari dan RM1,500 sebulan untuk kelengkapan tiub pada leher dan susu.