HIBURAN

Demi Cinta! Pablo Amirul Ulang-Alik 1,628KM Setiap Bulan Jumpa Kekasih - “It’s Worth It For…”

Asyraf Roslan 20/06/2025 | 23:25 MYT
Pelakon, Pablo Amirul mendedahkan dia berulang-alik sejauh 1,628 kilometer hanya untuk bertemu kekasih hatinya, Hana Rose.
Jelas Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd Sakri dia berusaha untuk mengimbangi antara kerjaya dan cinta namun ia sangat berbaloi untuk berbuat demikian.
“Setiap bulan kena maintain kerja dan hubungan peribadi sejauh 1628KM naik flight 2 jam 45 minit. Alhamdulillah its doing good untuk fasa yang menarik its worth it for you Hana Rose,” katanya.
Pablo turut memaklumkan bahawa perjalanan ke sabah makan masa 101 jam jika memandu.
“3,569km 101jam pemanduan ..semoga berjaya,” tambahnya.
Terdahulu, pelakon aksi berusia 40 tahun itu mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa foto manis bersama Dr. Hana di Instagram (IG).
Menurutnya, dia sangat gembira mengenali pakar estetik itu dan menyifatkannya sebagai seorang bidadari.
#Pablo Amirul #Demi Cinta #Dr. Hana Rose