Demi menyelamatkan tanah pusaka daripada dijual, Intan Raihana sanggup bersemuka dengan Daniel Hakim serta berjanji akan menuruti segala permintaanya.

Salah satu permintaan Daniel Hakim adalah Intan Raihana perlu bekerja dengannya sebagai seorang pegawal keselamatan. Boleh ke Intan Raihana bertahan?

Sepanjang tempoh tersebut, Intan Raihana perlu bersabar dengan kerenah dan perangai Daniel Hakim untuk mendapatkan semula geran tanah arwah ayahnya.

Daniel Hakim dan Fariza bakal mengikat tali pertunangan tidak lama lagi. Namun sebanyak mana ruang kekosongan di hati Daniel Hakim untuk wanita selain Intan Raihana?

Mampukah Intan Raihana tabah menghadapi segala dugaan demi menebus kembali kesilapan yang telah dilakukan? Sejauh mana dendam Daniel Hakim akan berterusan?

Drama Curi-Curi Cinta ini dibintangi oleh pelakon Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Fauziah Nawi, Talha Harith, Uyaina Arshad dan ramai lagi.

Untuk mengetahui apa yang bakal terjadi, jangan lupa untuk terus menyaksikan drama Curi-Curi Cinta setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).