Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

Demi Ibu, Pemuda Ini Panjat Saluran Paip Duduk Tepi Tingkap Hospital

Amri Hassan 20/07/2020 | 11:21 MYT
Seorang lelaki sanggup memanjat tingkap sebuah hospital demi mahu memastikan ibunya yang dijangkiti COVID-19, mendapat penjagaan dan perhatian sebaik mungkin.
Foto dan video Jihad Al-Suwaiti duduk di tepi tingkap hospital tular dan menyentuh hati pengguna media sosial.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lelaki berusia 30 tahun dari Hebron, Palestin itu dilaporkan berada di situ selama berjam-jam setiap hari, sehinggalah ibunya, Rasma Salama, menghembuskan nafas terakhir, Khamis lalu.
"Dia memanjat saluran paip untuk membolehkan dia memantau ibunya yang di tempat di tingkat dua hospital ini.
"Dia menghabiskan hampir keseluruhan harinya di situ, memerhatikan keadaan ibunya dari luar tingkap, sebelum turun apabila yakin ibunya sudah tidur lena," kata seorang pegawai hospital seperti yang dilaporkan portal berita Al Araby.
Abang Jihad, Rasmi, memberitahu media, biarpun dilarang berbuat demikian oleh pihak hospital atas faktor keselamatan, adiknya itu tetap berdegil.
"Jihad anak bongsu dan memang rapat dengan ibu, apatah lagi selepas kematian bapa kami 15 tahun lalu.
"Ibu menghidap leukimia dan disahkan dijangkiti COVID-19 beberapa minggu lalu. Ketika dimaklumkan tentang kematian ibu, Jihad marah dan tidak percaya.
"Tetapi kini dia nampaknya sudah boleh terima kenyataan," ujar Rasmi.
#COVID-19 #Jihad Al-Suwaiti #Panjat Hospital
;