,
Laman Utama

Demi Keselamatan, Episod 3 Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir Ditunda

Fiza Kamarudin
22/11/2020
13:01 MYT
Ekoran penyanyi Alif Star disahkan positif Covid-19, episod ketiga pertandingan Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir, yang sepatutnya berlangsung pada malam ini ditunda kepada satu tarikh lain.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi laman sosial rasmi Instagram (IG) Muzik-Muzik sebentar tadi.
“Atas langkah keselamatan Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir episod ketiga malam ini terpaksa ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak.
“Harap maklum kepada semua. Segala update kami akan beritahu kelak. #doabaikbaik #cakapbaikbaik #sfmm35,” tulis admin menerusi sebuah hantaran dan ruangan kapsyen.
Terdahulu Alif Satar yang juga peserta Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir pada Jumaat lalu telah membuat persembahan menerusi lagu I Want You To Love Me ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan.
Difahamkan Alif kini menjalani rawatan dan proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka bermula hari ini.
[[BACA: Alif Satar Positif COVID-19; “Saya Mohon Maaf, Doakan Saya” -]]
Sementara itu Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB), mengesahkan perkara tersebut menerusi sebuah kenyataan.
"Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seorang artis yang menyertai program Muzik Muzik 35 Separuh Akhir yang telah berlangsung sejak 20 November hingga 21 November telah dijangkiti virus Covid-19 dan beliau kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.
"Penyanyi terbabit yang membuat persembahan pada 20 November telah menjalani ujian saringan Covid-19 setelah mengetahui kontak rapat yang ditemuinya pada 17 November 2020 (Selasa) lalu, didapati positif, semalam (21 November).
"Artis tersebut terus menjalani ujian mandatori Covid-19 yang dikendalikan oleh KKM pada 21 November dan disahkan positif Covid-19 hari ini," menurut kenyataan tersebut.
Dalam pada itu STMB sedang bekerjasama rapat dengan KKM dan juga artis terbabit untuk mendapatkan maklumat terperinci pergerakan beliau bagi langkah-langkah mengurangkan risiko kebarangjangkitan, kepada warga kerjanya dan semua yang terlibat dalam program Muzik Muzik 35 Separuh Akhir.
Pada masa yang sama, kerja-kerja sanitasi di lokasi terbabit juga dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh KKM.
"STMB mengambil langkah untuk menunda siaran langsung Muzik Muzik 35 Separuh Akhir yang dijadualkan pada pukul 9 malam ini (22 November) ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"STMB sentiasa mengutamakan kesihatan kakitangan dan juga pelanggannya serta sentiasa akur dengan setiap SOP yang ditetapkan oleh pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Kakitangan yang terlibat dalam produksi tersebut telah memulakan kuarantin dan bekerja secara virtual di rumah masing-masing bermula hari ini.
"Kakitangan STMB yang juga kontak rapat dengan artis terbabit turut menjalani ujian calitan (swab test) COVID-19," maklum kenyataan dikeluarkan Unit Perhubungan Awam STMB.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kemunculan Lagu Tamil Pertama Di Pentas SFMM39, Penonton Turut ‘Sing Along’ Dengan Zubir Khan

gempak
15/11/2024
04:25 MYT
Kemunculan Zubir Khan mendapat perhatian ramai dengan tepukan gemuruh pada Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir malam, Khamis apabila penyanyi itu tampil mempersembahkan lagu popularnya, Yennode Macha.
Hiburan

Misha Omar Tak Muncul Di SFMM39, Vanessa Reynauld Nyanyi Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ Dapat Pujian

gempak
15/11/2024
02:25 MYT
Kemunculan penyanyi Vanessa Reynauld mendendangkan lagu Masihkah Ada Rasa Itu nyanyian asal Misha Omar menimbulkan pertanyaan dalam kalangan penonton terutama peminat penyanyi wanita itu.
Laman Utama

Bakal Berentap Dengan Ernie Zakri & Marsha Milan, Aina Abdul Akui Gementar “Of Course Pressure!”

gempak
18/11/2022
08:00 MYT
Wow pertembungan hebat juga ni
Laman Utama

Apa Cerita? Ernie Zakri & Hafiz Suip Takkan Nyanyi Lagu ‘Berakhirlah Pencarianku’ Di SFMM37, Bakal Digantikan ...

gempak
12/11/2022
01:05 MYT
Alamak apa puncanya...
Hiburan

“Banyak Makan Airmata I Lagu Aku Bidadari Syurgamu Ni” - Aishah

gempak
17/12/2020
05:45 MYT
Ini sebabnya Aishah menangis kerana lagu Aku Bidadari Syurgamu...
Unitar