Laman Utama
Demi Kursus Fotografi, Brooklyn Beckham Sanggup Berjauhan Dengan Keluarga
Anak sulung kepada pemain bola sepak dunia, David Beckham dan Victoria Beckham sememangnya terkenal dengan minatnya terhadap dunia fotografi.
Brooklyn Beckham, 18, bakal melanjutkan pelajaran di peringkat universiti dengan memilih fotografi sebagai kursus bagi pengajiannya itu.
Berita tentang kemasukan remaja yang mempunyai 9.5 juta pengikut di Instagram itu ke universiti telah tersebar pada hari yang sama dengan pelancaran buku autobigrafinya berjudul ‘What I See’ minggu lalu.
Brooklyn yang bakal mendaftar diri sebagai seorang pelajar universiti pada September ini dikatakan akan menjalani kehidupan yang kurang popular dan mewah ketika di kolej nanti.
Menurut sumber, Brooklyn merupakan seorang yang berdikari dan tidak mempunyai masalah untuk tinggal berjauhan dengan keluarganya.
Walaupun pemilihan universiti masih belum dilakukan olehnya namun spekulasi mengatakan Brooklyn bakal memilih universiti di sekitar Amerika Syarikat.
Dalam pada itu, ibunya yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Spice Girls itu sentiasa menyokong minat Brooklyn dalam bidang fotografi.
Sumber : Daily Mail
Olahan : Izzat Ridzwan