Laman Utama

“Demi Masa Depan Zuher & Adik Saya” - Anak Nora Tarik Balik Niat Saman Penyebar Video Adik Bercumbu?

gempak
Hanafis Haris
05/09/2020
10:04 MYT
Sponsor Banner
“Demi Masa Depan Zuher & Adik Saya” - Anak Nora Tarik Balik Niat Saman Penyebar Video Adik Bercumbu?

Anak sulung penyanyi Nora Ariffin, Mohd Syakir Iman Johan, 27, sebelum ini mendedahkan pihak keluarga bersedia untuk membawa individu yang menyebarkan video adiknya, Putri Nor Dahlia atau Putri bercumbu dengan remaja lelaki ke muka pengadilan.

Namun begitu, menerusi satu posting terbaru di Twitternya, Syakir kemudian menarik balik keputusan berkenaan.

Jelasnya, dia sekeluarga telah pun berjumpa dengan budak lelaki itu dan ayahnya.

“Mereka menyesali perbuatan anak mereka.

“Sebagai umat islam, kami ingin beri peluang buat mereka untuk perbaiki keadaan ini,” katanya.

Menurutnya lagi, dia menghormati permintaan ibu kepada Zuher untuk diberikan peluang agar perkara ini tidak dinaikkan ke muka pengadilan mahkamah.

“Semuanya demi masa depan Zuher dan adik saya Putri Dahlia.

“Moga insiden ini menjadi pengajaran buat kita semua.

“Zuher juga diberi peluang utk membersihkan nama baik ‘Anak Nora’ dan keluarga kami. Pandai buat, pandai tanggung.

“Kami berharap kita semua mengambil tauladan daripada isu ini dan marilah kita bermaaf-maaafan dan teruskan hidup kita semua,” katanya.

Terdahulu, viral sepotong video yang memaparkan aksi bercumbu anak Nora, Putri Nor Dahlia dan remaja berkenaan yang dikenali sebagai Zuher.

Video terbabit mendapat kecaman netizen dan dianggap telah mencalarkan reputasi Nora sebagai artis yang bersih dari kontroversi selama ini.

BACA: Remaja Lelaki Cium Anak Nora Mohon Maaf
BACA: "Saya Mengaku Itu Anak Saya" - Nora Ariffin Buka Mulut Isu Anak Gadis Bercumbu, Mohon Berikan Ruang

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live