Hiburan
Demi Menjaga Privasi, Emma Watson Enggan Bergambar Bersama Peminat
Pelakon Emma Watson mengakui tidak akan bergambar bersama peminat ketika mengadakan promosi filem Beauty and the Beast.
Menurut laporan Daily Mail, Emma berkata dia melakukan perkara tersebut kerana ingin menjaga privasi serta keselamatannya semasa melakukan promosi.
"Orang ramai akan mudah tahu di mana saya berada, apabila mereka mengambil gambar dengan saya dan kemudian memuat naik foto itu di laman sosial.
"Jadi untuk memastikan keselamatan saya terjamin, saya telah mengambil keputusan untuk tidak bergambar dengan mana-mana peminat.
"Namun, saya akan duduk bersama mereka untuk menjawab setiap soalan yang diberikan tetapi tanpa rakaman foto ataupun video," katanya kepada majalah Vanity Fair.
Walaubagaimanapun, Emma berkata dia tetap membuat pengecualian untuk bergambar dengan kanak-kanak kerana tidak mahu mengecewakan mereka.