Laman Utama

Demi Menjayakan Watak, Nik Amirul Faiz Sanggup Merokok; “Secara Realiti Saya Bukan…”

Shahrin Zulkifle
28/02/2023
13:00 MYT

Pelakon filem Eidolon Bayangan Dendam, Nik Amirul Faiz mengakui watak yang dibawanya menerusi naskhah tersebut agak mencabar.

Ini kerana kata Amirul Faiz watak bernama Amirul dalam filem berkenaan menuntut dia melakukan babak menghisap rokok sedangkan secara realiti dia bukan seorang perokok.

“Watak ini sebenarnya agak mencabar untuk saya. Satu, sebab penghayatan yang perlu saya bagi dalam watak Amirul. Watak berkenaan sedikit mendatar pada awal tetapi di bahagian akhir ada emosi yang perlu saya buat.

“Selain itu, satu lagi yang mencabar adalah saya perlu merokok dalam beberapa babak. Secara realitinya saya bukan lah seorang perokok.

“Babak merokok itu saya kena buat sendiri, lebih daripada satu babak menuntut untuk saya merokok. Sehinggakan ada sekali itu sampai 20 take, habis dua kotak rokok.

“Hari pertama saya datang shooting kemudian dimaklumkan ada babak merokok. Saya menjayakan watak itu dan bersikap profesional. Namun ada team yang ajar cara yang selamat, sebab saya pertama kali kan,” katanya kepada Gempak.

Amirul Faiz berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem berkenaan yang berlangsung di TGV, Suria KLCC pada Isnin.

Sementara itu, Amirul Faiz atau senang disapa Mirurayes turut mengakui dirinya masih perlu menimba ilmu dan perbaiki mutu lakonan memandangkan naskhah tersebut merupakan filem pertamanya.

“Saya tak pernah berlakon sebelum ini, cuma banyak buat iklan, filem ini adalah yang pertama. Saya datang casting untuk pertama kali dan alhamdulillah dapat.

“Banyak yang perlu saya perbaiki juga, saya tahu saya belum cukup bagus dalam bidang lakonan. Ini filem pertama saya, jadi memang ada kekurangan di sana sini,” tambahnya.

Sinopsis:

Eidolon Bayangan Dendam berkisarkan dua pasangan suami isteri yang juga merupakan jiran menghabiskan masa bersama dengan bercuti di sebuah rumah inap di sebuah kampung.

Apa yang mereka tidak sedar adalah kediaman tersebut punya misteri yang tidak terungkap. Mereka perlu berjuang untuk bertahan hidup selepas berdepan beberapa peristiwa mistik, pembunuhan, kuasa roh dan kejadian pelik hanya kerana sebuah dendam.

Selain Mirurayes, Eidolon turut dibintangi Julian Cheah, Chazynash, Tyty Nazmin, Faeiz, Fifi Cik My dan ramai lagi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Filem

Penuh Dengan Warna-Warni Budaya, Ini 5 Filem Yang Mengetengahkan Realiti Berbilang Kaum Di Malaysia!

gempak
16/07/2024
13:55 MYT
Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum. Didominasi oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, perkara ini memberi kesan besar dalam sektor perfileman tanah air.