Hiburan
Demi Peminat Yang Merindui Suaranya, Nabila Razali Ambil Risiko Buat Persembahan Di AJL35
Penyanyi Nabila Razal nekad untuk mengambil risiko membuat persembahan lagu Peluang Kedua pada pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) meskipun disarankan untuk berehat oleh doktor.
Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, dia kini berada dalam proses penyembuhan selain mengamalkan pengambilan ubat dan petua untuk suaranya pulih seperti sedia kala.
“Saya masih lagi di dalam proses penyembuhan dan doktor masih sarankan doktor untuk berehat. Saya pun buat masa sekarang tak ambil sebagai persembahan nyanyian buat sementara waktu bagi membantu kesihatan saya semakin baik.
“Dari segi persiapan, nothing much. Saya lebih beratkan soal kesihatan dan keyakinan saya untuk membuat persembahan di pentas yang besar ni. Ini pun kali pertama saya berada di pentas AJL, memang teruja tapi kesihatan harus diberi keutamaan,” ujar Nabila kepada Gempak.
Nabila ditemui ketika majlis sidang media AJL 35 yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam sebentar tadi.
Tambah Nabila, dia tidak melanggar sebarang arahan doktor malah mengambil masa yang ada sehingga Februari depan sebagai tempoh penyembuhan.
“Kalau ikutkan memang doktor tak sarankan untuk menyanyi buat sementara waktu tapi saya dah berada dalam proses penyembuhan. Saya pun nak kesihatan pulih seperti sedia kala untuk saya buat persembahan demi peminat-peminat yang merindui.
“Saya mengikut arahan doktor, cuma doktor kata kalau kira dari hari sebelum Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) sampai ke final, tempoh itulah saya guna untuk pulihkan balik kesihatan.
“Tapi anda kata kalau pada hari tersebut saya tak boleh buat persembahan, mungkin kita akan fikirkan perancangan seterusnya. Cuma saya harapkan menjelang AJL nanti, peminat boleh mendoakan saya cepat sembuh,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Nabila mengumumkan penarikan dirinya daripada pentas SFMM35 selepas mengalami masalah peti suara dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.
Lagu Peluang Kedua disampai oleh Hael Husaini dan sekali gus menempah tempat ke AJL35.
Selain Peluang Kedua, 11 lagu layak ke AJL35 antaranya Semalam nyanyian Aina Abdul, Belanggu Rindu (Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita), Hutang (Floor 88), Aku Bidadari Syurgamu (Aishah) dan banyak lagi.
AJL35 dijadualkan akan berlangsung pada 7 Februari depan.
Must-Watch Video