Viral

Demi Penuhi Permintaan Sayur Kampung, Wanita Ini Tunggang Motor Ulang Alik Dari Changkat Jering Ke Cheras Setiap Sabtu Untuk Berniaga!

Gempak
19/02/2024
13:55 MYT
Kerana minat berniaga, seorang wanita nekad menempuh perjalanan jauh ratusan kilometer dengan menunggang motosikal dari Changkat Jering untuk menjual sayur kampung segar di Kuala Lumpur.
Siti Norol Salwani Ismail, 29, yang pernah bekerja sebagai penghantar makanan akan menunggang motosikal setiap Sabtu ke Bandar Sri Permaisuri, Cheras untuk menjual petai, pucuk paku, pucuk ubi, bayam brazil, nangka muda, durian belanda, jering dan ulam-ulaman.
Menurutnya, perancangan awal menjual sayur dan ulam-ulaman bermula pada Julai tahun lalu kerana merasakan ia akan mendapat permintaan tinggi.
"Idea menjual ini secara spontan apabila terbeli pucuk paku yang sudah tua, ulam-ulam tidak segar selain harga yang mahal.
"Saya teruskan perancangan berpindah ke Bukit Gantang dan berulang-alik setiap Sabtu untuk menjual sayur. Sayur-sayur ini dikutip sendiri dan beli daripada penduduk," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Norol berkata, jualan sayur-sayur kampung sangat laris dan dia memperoleh keuntungan sekitar RM300 sehari.
"Tidak kekok sebenarnya menunggang motosikal kerana hampir 10 tahun tinggal di Kuala Lumpur. Empat bulan berulang-alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur.
"Sepanjang berniaga, ada yang menasihatkan untuk jual di kampung sahaja, tak berbaloi kerana jarak jauh dan sebagainya tetapi saya 'enjoy' berniaga sambil menyara kehidupan bersama anak," katanya.
Bagaimanapun, usaha wanita muda berasal dari Bachok, Kelantan itu untuk terus mencari rezeki di ibu kota terhenti pada November tahun lalu apabila jentera dua tayar jenis Honda Dash yang dibelinya sejak 2018 sering rosak.
Siti Norol Salwani yang baru mendirikan rumah tangga kali kedua Jumaat lalu, menerima galakan daripada suaminya, Hazimin Radzi, 34, untuk meneruskan minat berniaganya itu.
"Sekarang saya berniaga nasi kerabu dan laksam, kadang kala ada juga menerima tempahan. Usaha mengumpul deposit motosikal dilakukan sedikit demi sedikit bagi menggantikan motosikal lama.
"Saya mahu beli Yamaha LC secara ansuran. Dapat motosikal baru ini mungkin saya akan teruskan berniaga ulam-ulam di Kuala Lumpur seperti biasa," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Johan Pertandingan Menangis Beramai-Ramai Ini Bawa Pulang RM143.50

gempak
27/07/2024
00:55 MYT
Satu acara pertandingan menangis diadakan di Tegal, wilayah Jawa Tengah dengan pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai 500,000 rupiah (RM143.50).
Viral

Dikritik Gara-Gara Bergambar Dengan Kereta Tank Israel, Bright Vachirawit Mohon Maaf

gempak
26/07/2024
23:55 MYT
Pelakon Thailand, Bright Vachirawit menerima kecaman yang hebat gara-gara bergambar di hadapan sebuah kereta tank didakwa milik Israel ketika berada di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Viral

Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu

gempak
26/07/2024
15:55 MYT
Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada lagi majlis perkahwinan penuh sensasi yang mahu diraikan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.