HIBURAN

Demi Pujuk Isteri Sedang Merajuk, Opai Hadiahkan Fatin Afeefa Bag Tangan Jenama Mewah - “Kalau Dia Buat I Marah…”

Asyikin Mayudin 20/06/2025 | 06:55 MYT
Hanya sebab merajuk, pelakon Fatin Afeefa menerima hadiah kejutan istimewa daripada suaminya yang juga seorang usahawan iaitu Opai.

Pujuk isteri

Menerusi perkongsian di TikTok Mirzanjohor, Opai atau Aliff Awang menghadiahkan sebuah bag tangan berjenawa mewah untuk memujuk hati isterinya.

“Fatin Afeefa merajuk dapat hadiah Birk!n? Dalam podcast sebelum ni kami ada cerita tentang kisah suami seorang artis wanita yang menghadiahkan beg Birk!n untuk memujuk isterinya.

“Jadi orang tersebut adalah @aliff_awang dan @fatinafeefa8 ya guys. Ini rakaman yang dibuat oleh Rabi dan Aisyah sewaktu menghantar beg tersebut kepada Fatin Afeefa,” tulisnya.

Jam tangan

Menerusi video tersebut, Fatin sempat berseloroh mengatakan dia juga mahukan sebuah jam tangan jenama mewah.

“Tak cukup, saya perlukan jam Rolex. Jadi kalau dia buat I marah, I dapat bag… ya, buatlah lagi,” kata Fatin.

Rata-rata netizen memuji sikap Opai yang sanggup berhabis duit demi memujuk hati isteri tersayang.

undefined
#Fatin Afeefa #Jenama mewah #Opai #Bag Tangan