Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
Gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Sponsor Banner
Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala anak lelakinya berusia 11 tahun parah di bahagian kaki serta cedera di bahagian tangan dan kepala dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk rawatan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noorsherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.58 tengah hari.
Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lima kilometer dari BBP Putatan.
"Menurut laporan kejadian melibatkan dua beranak yang dirempuh kereta api ketika sedang melintas di landasan.
"Difahamkan, kereta api tersebut dari arah Putatan menuju ke Kota Kinabalu. Akibat kejadian itu, mangsa wanita meninggal dunia di lokasi manakala anaknya putus di bahagian kaki dan cedera di tangan dan kepala," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

BERITA TRENDING: “Wehhhh! Bahayanya, Kanvas Terbang ‘Balut’ Abang Motor Kat Belakang Tu…Sikit Lagi Nak Kena Gilis Treler!” – Warganet

Katanya lagi, pasukan bomba membantu mengangkat mayat tersebut sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Anak mangsa pula dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

BERITA TRENDING: "Saya Nampak Tayar Ativa Gilis Badan Zharif" - Saksi

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang Superintenden Sammy Newton ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024