Ketika dunia berdepan pandemik Covid-19, semua sektor ekonomi terkesan termasuklah hotel terkemuka.

Buktinya, hotel popular di melaka iaitu Hatten terpaksa mengambil inisiatif baru dengan menjual makanan nasi bajet RM2.

Ketua Pegawai Operasi bahagian Makanan dan Minuman Hotel Hatten Andy Phang Seng Kee, sejak Jumaat pihaknya menjual menu bajet sebagai usaha untuk menyelamatkan pekerja dan industri perhotelan dari terus lumpuh sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Menurutnya, dalam sehari dianggarkan lebih 300 bungkus makanan terjual bermula dari jam 12 tengah hari hingga 8 malam.

"Tengah hari ini kita menawarkan juadah ayam dan ikan.

“Sekiranya lauk habis chef akan menyediakan menu lain untuk memberi peluang kepada pelanggan menikmati hidangan berbeza setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, jualan nasi dengan harga murah itu akan diteruskan selagi ada permintaan.

"Selagi ada permintaan selagi itu kita akan teruskan walaupun harga murah.

“Sekurang-kurangnya dengan cara ini dapat menambahkan pendapatan hotel dan membantu golongan B40," katanya.

Gambar: Sinar Harian & Melaka Hari Ini