Pelakon dan pengacara Elfira Loy mendedahkan dia memerlukan pakaian 'boyish' untuk penggambaran telemovie Rahsia Malam Jumaat.

Oleh sebab itu, Elfira menghabiskan RM2,000 untuk membeli ‘wardrobe’ bagi menjayakan karakter terbabit.



"Saya ada pengakuan untuk dibuat. Untuk penggambaran kali ini, saya kena banyak gila beli baju yang 'boyish'.

"Jadi saya pergi Time Square untuk beli dan menghabiskan duit sebanyak RM2,000 untuk banyak barang.

"Kat situ palazo dan blouse banyak gila best best!! Untuk RM2,000 saya dapat baju satu luggage besar dan empat kasut gembira sangat," katanya.



Pendedahan itu dibuat ketika menjawab ask me a questions semalam.

"Mana nak cari blouse dengan palazo cecantik," tanya salah seorang peminat.

Menerusi salah sebuah entri di Instagram Elfira, pelakon genit itu turut berkongsi cerita serupa.

“Pergi membeli-belah di Time Square untuk merubah penampilan untuk lebih ‘boyish’. Masih berfikir apa yang patut saya lakukan dengan semua pakaian selepas habis penggambaran nanti? Hahaha almari dah penuh,” tulisnya.

went shopping at TS to transform to this boyish look . Still thinking what should i do with all the clothes bila dah habis nanti. Hahah almari dah penuh ?

A post shared by @ elfiraloy on


Selain Elfira, telefilem Rahsia Malam Jumaat turut dijayakan oleh Janna Nick.