Hiburan

Demi Watak Joker, Joaquin Phoenix Turun 23 Kilogram & Hampir Gila!

gempak
Azwa Rahman
03/10/2019
08:23 MYT
Sponsor Banner
Demi Watak Joker, Joaquin Phoenix Turun 23 Kilogram & Hampir Gila!
Bintang utama Joker, Joaquin Phoenix berusaha keras untuk membawakan watak musuh Batman itu sehingga sanggup mengubah fizikalnya.
Memetik laporan The Hollywood Reporter, Phoenix menurunkan berat badannya sebanyak 23 kilogram hanya untuk menjayakan watak penjahat itu.
Untuk mendapatkan berat badan yang diinginkan, Phoenix mengamalkan beberapa diet antaranya pengambilan buah dan sayuran setiap hari.
“Saya stress kerana perlu menurunkan berat badan secara drastik. Nampak senang tapi rupanya ia sangat mempengaruhi psikologi manusia.
“Orang boleh gila kalau mengamalkan penurunan berat badan yang banyak dalam masa yang singkat,” kata Phoenix ketika ditemubual oleh Screen Rant.
Cukup dikenali kerana cara ketawanya yang psiko, watak Joker atau nama sebenarnya Athur Fleck turut menuntut Phoenix untuk mempelajari gaya hidup orang yang mengalami masalah gangguan mental.
Joker mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Arthur Fleck yang gagal mencipta nama sebagai pelawak.
Berlatarbelakangkan bandar Gotham sekitar 1980-an, Fleck mula hilang waras dan mula mencetuskan kekecohan di bandar itu. Bermula daripada kejahatan yang pertama itulah, Fleck bertukar menjadi Joker.
Filem arahan Todd Phillips ini sudah mula berada di pawagam bermula hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live