Hiburan

Demi Watak, Sweet Qismina Sanggup Pakai Braces

gempak
Zulaikha Yusof
24/07/2020
06:10 MYT
Sponsor Banner
Demi Watak, Sweet Qismina Sanggup Pakai Braces
Pelakon Sweet Qismina mengakui dia memakai pendakap gigi (braces) semata-mata untuk menjayakan wataknya sebagai Luna dalam drama Pink Smile.
Kata Sweet, pada awalnya dia berasa tidak selesa sehingga mengakibatkan kecederaan di dalam bibir.
"Memang saya pakai braces, khas untuk watak sebagai Luna dalam drama tersebut. Tapi ia sekadar besi yang diletakkan di gigi sahaja tanpa ada dawai untuk ketatkan gigi. Namun, ia bukan la fake braces.
"Mula-mula pakai itu memang tak selesa dan minggu pertama saya pakai, ada luka dalam bibir serta gigi terasa sakit sebab ketat. Selain itu, pening kepala juga sebab tak biasa.
"Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya buka dan selepas itu saya pakai semula. Sekarang dah selesa dan rasa diri memang Luna," katanya kepada Gempak.
Walaubagaimanapun, pemilik nama Farhanna Qismina menyatakan doktor menasihatinya agar membuka gigi besi itu secepat mungkin.
"Doktor ada nasihat, cepat-cepat buka takut akan beri kesan pada gigi.
"Kalau lambat buka sehingga sebulan atau dua bulan boleh menyebabkan gigi itu bergerak sendiri," katanya lagi.
Sweet bakal muncul dalam drama Pink Smile yang bakal ditayangkan mulai 31 Julai ini bersama Fattah Amin, Intan Najuwa, Izzat Mushtaq, Afifah Nasir dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live