Hiburan
Demi Why Don't We, Peminat Lari Berkejaran?
Why Don’t We 8 Letters Tour Kuala Lumpur telah berlangsung dengan meriah semalam di Plenary Hall.
Seramai 3,000 orang hadir menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran masing-masing.
Hashtag #WhyDontWeinKL memenuhi 'timeline' Twitter sehingga pagi ini.
Namun, keadaan tenang berubah menjadi kecoh! Sejurus selepas konsert berakhir, tiba-tiba salah seorang penonton menjerit ketika berada di luar dewan.
Menurut Warner Music Malaysia, ketika kira-kira jam 10 malam, individu tersebut mendakwa dia melihat kelibat bayangan ahli kumpulan Why Don't We.
Merasakan betul apa yang dilihatnya, rata-rata penonton yang ada di sekitar situ lari berkejaran mengejar bayang-bayang tersebut. Ada yang berlari di eskalator, ada yang memilih untuk menggunakan tangga.
Kumpulan pop Why Don’t We dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Jonah Marais, Corbyn Besson, Daniel Seavey, Jack Avery, dan Zach Herron.
Ini merupakan kali pertama kumpulan pop terkenal tersebut hadir ke Kuala Lumpur bagi mengadakan konsert.
Everyone was chasing the boys n 3 of girls pushed me and I fell down and they stepped on my body. Stg it really hurt me. Girls are crazy bruh. But its ok, come again next year w more body roll @corbynbesson @JonahMarais @ImZachHerron @SeaveyDaniel @jackaverymusic #8LettersTourKL pic.twitter.com/2LqPiiMRqZ— Nephophilia (@badmoonlight__) November 14, 2019
Must-Watch Video