Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Demi Zuriat, Alyah Rancang Buat IVF

Amri Hassan 02/02/2018 | 06:19 MYT
Penyanyi Datin Alyah mengakui ada merancang untuk melakukan kaedah perubatan alternatif menerusi rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) demi mendapatkan zuriat.
Alyah yang sudah mendirikan rumah tangga dengan maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS sejak lima tahun lalu pernah merujuk beberapa pusat perubatan untuk mengenal pasti masalah sukar hamil.
"Sebelum Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan berita kehamilannya menerusi kaedah IVF, saya sudah bertanya beberapa pusat perubatan.
"Difahamkan, oleh kerana rutin dan jadual kerja saya yang sangat padat, ia menyukarkan proses untuk saya hamil.
"Tambah pula dengan pelbagai tekanan kerja dan gaya hidup.
"Jadi, saya fikir insiatif terakhir saya untuk mendapatkan zuriat menerusi teknik IVF,' katanya kepada Astro Gempak.
Namun, hasrat itu terpaksa disimpan terlebih dahulu memandangkan dia bakal sibuk mempromosikan single terbaharu, Jutaan Purnama sepanjang tahun ini.
"Jika saya melakukan IVF saya dikehendaki berehat selama tiga hingga empat bulan, tanpa ada tekanan mahu pun memakai kasut tumit tinggi.
"Oleh kerana single saya baru sahaja keluar, saya dahulukan komitmen kerja sepanjang tahun 2018," tambahnya ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya ke-37 di Red Box Karaoke, The Curve, Damansara baru-baru ini.
Majlis itu antara lainnya dihadiri oleh kelab peminat Alyah4Ever dan ditaja sepenuhnya oleh pengasas produk kesihatan Lime Shots, Datin Yulia Rosalina Yusop.
Teks oleh: Amri Hassan
#Anak #Datuk Ramli MS #Alyah #IVF
;