gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Penunggang P-Hailing Terkejut Kiriman Bungkusan Rupa-Rupanya Mayat Bayi
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Tak Mahu Susahkan Keluarga, Araff Hampir Tidak Sertai Ujibakat - “Saya Faham Dengan Kekangan Hidup…”
HIBURAN
Tegur Anak Bab Solat , Netizen Puji Ketegasan Johan - “Dengan Yang Bujang-Bujang Kecut…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Den Manjo Teruja Menyanyi Lagu Raya Mana Versi Kelantan Bersama Nabila Razali - “Kolaborasi Ini Istimewa Untuk Saya…”

gempak
Mya Amri
25/03/2025
16:56 MYT
Sponsor Banner
Den Manjo Teruja Menyanyi Lagu Raya Mana Versi Kelantan Bersama Nabila Razali - “Kolaborasi Ini Istimewa Untuk Saya…”
Penyanyi yang terkenal di Pantai Timur iaitu Den Manjo akui berasa teruja dan gembira kerana diberi peluang untuk berkolaborasi bersama Nabila Razali menerusi lagi raya berjudul Raya Mana versi Kelantan.

Senang bekerjasama dengan Nabila

Menurut Den, bekerja dengan Nabila sangat mudah kerana dia merupakan seorang yang sangat peramah dan senang bertolak ansur.

“Sejujurnya saya berasa bangga kerana menjadi antara penyanyi Kelantan yang pertama dapat duet bersama Nabila Razali. “Nabila merupakan seorang yang sangat mudah dan senang untuk bekerjasama, orang Kelantan kata mudoh kiro.

“Bermulanya daripada mesej, datang ke studio, menyanyi, semuanya dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.
Den berkata demikian ketika ditemui pada sesi rakaman Gempak Jam Session Raya bertempat di Sora Studio baru-baru ini.

Lagu raya istimewa

Dalam pada itu, Den juga berkata lagu raya ini merupakan sesuatu yang amat istimewa buat dirinya.

“Pada saya kolaborasi ini sangat istimewa buat diri saya, lagu ini merupakan projek terbesar untuk saya. “Saya juga berasa berbesar hati kerana dapat melepasi ‘crowd’ dari Kelantan dan mengembangkan lagi lagu itu selain bekerjasama dengan Nabila Razali.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki mana tahu saya boleh bekerjasama lagi dengan Nabila atau bersama artis lain,” ujarnya.
Terdahulu, di sebelah Pantai Timur, Den Manjo Eda tergolong antara penyanyi paling top di kalangan penggemar lagu dialek atau loghat Kelantan.
Den bersama pasangan duetnya Eda Ezrin terkenal dengan lagu ‘Cinta Setandan Pisang’ ciptaan komposer tenama Eddie Hamid dan lirik dihasilkan oleh Mama Ana dan Fadhil Turbo terbitan Kijang Music.
Topic Berkaitan
#Nabila Razali
#Kelantan
#Lagu raya
#Den Manjo
#Raya Mana
#Versi Kelantan
Must-Watch Video