Laman Utama

“Dengan Baju Kelawar Dah Ready Nak Tidur, Tiba-Tiba…” - Marsha Menjerit, Tak Sangka Berjaya Masuk AJL36

gempak
Mya Amri
02/01/2022
03:15 MYT
Sponsor Banner
“Dengan Baju Kelawar Dah Ready Nak Tidur, Tiba-Tiba…” - Marsha Menjerit, Tak Sangka Berjaya Masuk AJL36
Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh terkejut apabila lagunya, Cinta diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Marsha memuat naik video merakamkan dirinya terkedu dan menjerit gembira selepas namanya disebut pengacara AJL36, Alif Satar dan Sissy Iman.
Memanjatkan rasa syukur atas peluang yang diberikan, Masha mengakui dia tidak menjangkakan perkara itu dan berharap agar perjalanannya di peringkat akhir AJL36 dipermudakan.
“MasyaAllah… Alhamdulillah, syukur Lillah… Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izinMu Ya Allah. Berkat doa semua, lagu Cinta berjaya ke AJL.
“MasyaAllah! Terima kasih kepada @stacyanam dan @akimahmad untuk pelunag yang diberikan. YA itu adalah saya yang berbaju kelawar dan sedang bersiap untuk masuk tidur apabila tiba-tiba…
“Jeng jeng jeng! Marsha pohon doa semua agar perjalanan marsha di peringkat akhir nanti dipermudahkan dan berjalan lancar hendaknya, InsyaAllah,” tulisnya.
Selain Marsha, berikut merupakan senarai 11 lagu lain yang berentap:
Mimpi – Haqiem Rusli
Sepi - Aina Abdul
Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul
Boneka - Ernie Zakri
Pernama - Naim Daniel
Intan Payung - Noraniza Idris & Bunga
Salahku - Yonnyboii
Pelukan Angkasa - SOG & Shila Amzah Intan
AEWO - Shiha Zikir
Angkara - Siti Nordiana
Lara - Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli
Separuh Akhir Muzik Muzik 36 menyaksikan Datuk Mokhzani Ismail sebagi ketua juri manakala barisan juri professional lain pula adalah Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024