Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Dengan Gula-Gulakan Kami…”- Menyanyi Untuk Tahfiz, Shaharulezad Minta DSV Jangan ‘Lacurkan’ Agama

Syafiqah Jalal
22/03/2022 05:23 MYT
Pengarah drama popular, Shaharulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat merayu agar usahawan kosmetik berkontroversi, Datuk Seri Vida (DSV) tidak menunggang agama untuk mempromosikan single dan muzik video (MV) terbaharu nyanyiannya, Ku Ikhlaskan.

Menurut Ijat, DSV tidak sepatutnya menggunakan ‘marketing’ murahan sehingga sanggup melacurkan agama dengan meminta orang ramai menyokong single dan MV terbarunya, itu sebagai usahanya mengumpul dana untuk pembinaan sebuah tahfiz.

“Dengan rendah diri saya merayu. Tolong jangan tunggang agama kita Dato’ (DSV) tolonglah. Saya rayu ni.

“Duit RM400,000 buat MV tu lagi bagus Dato’ sedekahkan kepada tahfiz anak yatim dari buat MV mahal- mahal macam tu.

“Kemudian, Dato’ pancing kami semua support Dato’ dengan gula gulakan kami with this cheap marketing strategi.

“Dato nak pujuk org tengok MV Dato tak per. Buat lah. Tapi jangan buat cara lacurkan agama macam ni yer. Please la,” rayunya.

Ijat berkongsi pendapatnya itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan dia berkongsi keratan akhbar yang menunjukkan kenyataan DSV mengenai usahanya mengumpul dana buat sekolah tahfiz dengan menghasilkan lagu Ku Ikhlaskan itu.

Ijat pada mulanya memberitahu dia cuba untuk tidak mahu memberi sebarang komen tetapi keadaan memaksa dan mencabarnya untuk memberi pandangan.

Malah, dia sempat meminta maaf jika kata-katanya itu mengguris hati DSV dan telah menutup ruangan komen supaya isu itu tidak dipanjangkan oleh netizen.

“Sorry la Dato’ kalau hujung-hujung saya terpaksa tegur juga kerana this is too much la. Saya jadi triggered! Statement Dato’ ini memang mencabar saya untuk tidak berkata apa.

“Maafkan saya kalau kata-kata saya ni mengguris hati Dato’ dan diehard fan Dato’. Saya akan off commenting sebab saya tak nak orang dok bergaduh sesama sendiri kat sini memaki Dato’. Memaki saya balik. Peace,” jelasnya.

DSV baru sahaja melancarkan lagu dan MV berkenaan di laman YouTube dan selepas lebih dua hari ditayangkan kini ia berjaya mengumpul lebih 1 juta tontonan.

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

#Single #Lagu #DSV #Tahfiz #Ku Ikhlaskan #Ijat #Sharulezad #Tunggang Agama
;