Adakah anda tahu bahawa series HUAWEI P30 mempunyai mod ‘PRO’ dalam ‘kamera’ yang dapat membantu menyelesaikan masalah anda dalam fotografi setiap hari? Mod ‘PRO’ membantu anda menangkap pemandangan yang anda fikir tidak dapat dicapai dengan menggunakan telefon pintar! Foto yang diambil dengan mod ‘PRO’ setanding dengan DSLR.

Dengan setting yang profesional anda dapat mengambil gambar yang cantik dan sekarang, dengan mod ‘PRO’ dalam series HUAWEI P30, ia dapat meningkatkan pengalaman pengambaran yang lebih baik. Sebenarnya, sangat mudah untuk mengambil gambar yang cantik kalau anda dapat memahirkan mod ‘PRO’. Justeru dalam artikel ini, kami akan mengajar anda bagaimana untuk menggunakan mod ‘PRO’ dan tips untuk setting kamera bagi mengambil gambar yang menakjubkan dengan penggunaan series HUAWEI P30 Series.

Sample foto cantik yang diambil oleh jurugambar profesional dengan menggunakan HUAWEI P30 Pro dan mod ‘PRO’:
Metadata – Info yang menerangkan gambar dan kandungan tersebut

a) Foto dari Abeden Mung



Metadata: ISO 50 | Shutter Speed 1/3236 sec | f/1.6 | 6 mm

b) Foto dari Amsyar Naaif



Metadata: ISO 640 | Shutter Speed 6 sec | f/1.6 | 6 mm

c) Foto dari Sanjitpaal Singh



Metadata: ISO 500 | Shutter Speed 1/25 sec | f/2.2 | 2 mm

d) Foto dari Zarnizar



Metadata: ISO 64 | Shutter Speed 1/120 sec | f/3.4 | 14 mm

Cantikkan foto-foto di atas? Metadata sangat penting sebab ia mentakrifkan kualiti foto. Ingin mengambil foto secantik foto di atas? Mari kita belajar tips mengguanakan mod ‘PRO’ dalam series HUAWEI P30.

Mengaktifkan mod PRO dalam telefon series HUAWEI P30:
Pertama, buka kamera telefon pintar HUAWEI anda dan 'swipe left' ke 'option' terakhir sehingga anda nampak mod 'PRO'. Selepas itu, anda akan menjumpai beberapa nombor dengan indikator di bahagian atas. Sebenarnya, ia adalah fungsi yang sama dengan 'setting' asas kamera DSLR... biar kami terangkan cara-cara untuk menggunakan mod 'PRO':

Mod ‘PRO’ mengandungi fungsi-fungsi yang berlainan: ISO, S, EV, AF, AWB



ISO- Sensitivity
ISO mewakili sensitivity kamera terhadap cahaya. Sebagai contoh, kita boleh menaikkan nilai ISO untuk meningkatkan kecerahan foto untuk foto yang diambil dalam keadaan gelap



S- Shutter Speed
Untuk objek yang bergerak dengan pantas, meningkatkan nilai 'shutter speed' akan dapat membantu anda mengambil gambar-gambar tersebut



EV- Exposure
Kadangkala ketika kita mengambil gambar di luar dengan cahaya matahari yang sangat terang, kita boleh mengurangkan nilai EV untuk melaraskan pendedahan objek terhadap cahaya matahari untuk gambar yang cantik



AF-Auto Focus
Dengan menggunakan fungsi ni, kamera akan fokus pada objek dengan automatik dan cepat. Tetapi, pilihan ‘MF-Manual Focus’ diperlukan pada situasi dimana AF tidak dapat berfungsi dengan baik seperti pada keadaan yang gelap



AWB- Auto White Balance
Simbol-simbol yang berlainan dalam fungsi AWB mempunyai fungsi yang berlainan. Jika anda memilih simbol yang diinginkan, keadaan pencahayaan akan dilaraskan untuk anda mengambil gambar yang cantik dalam cuaca yang berbeza!



Terdapat 3 metering pilihan iaitu spot metering, center-weighted averaging metering and multi-zone. Dengan pilihan yang betul, ia akan membantu anda mengambil gambar yang cantik



Jadual di bawah ialah tips untuk menyelaraskan ISO dan Shutter Speed untuk gambar yang cantik:





Dengan telefon HUAWEI P30, anda juga boleh menjadi seorang jurugambar profesional dengan tips yang disebutkan di atas. Anda juga dapat memenangi $20,000 USD dan 1 HUAWEI P30 Pro dengan menyertai pertandingan Next Image: http://gallery.consumer.huawei.com/en/



HUAWEI P30 & P30 Pro dijual pada harga RM2,699 & RM3,799 dan dapat dibeli di semua kedai HUAWEI dan syarikat telco. Sempena Ramadan, dengan pembelian HUAWEI P30 di
https://shop.huawei.com/my/ramadan-2019.html, anda akan mendapat Wireless Charging Case dan Wireless Charging Charger manakala anda akan mendapat HUAWEI Talkband B5 bernilai RM599 dengan setiap pembelian HUAWEI P30 Pro. Selain itu, anda juga mempunyai peluang ke Jepun dengan pembelian RM1,500 ke atas di laman web rasmi HUAWEI.