Hiburan
“Dengan Jarum Pun Menggelupur” – Foto MK Takut Disuntik Tular
Penyanyi rap kumpulan K-Clique mencuri perhatian wargamaya apabila fotonya menerima suntikan tular.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @benygtersakiti berkongsi empat keping foto kelihatan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 24, menggelupur ketika berdepan jarum suntikan.
Di dalam foto-foto berkenaan, MK kelihatan seperti mengelak dan menutup mata apabila seorang kakitangan kesihatan mula menjalankan prosedur suntikan.
— 70E (@benygtersakiti_) January 27, 2020Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi MK biarpun bergelar seorang penyanyi rap yang terkenal dengan lirik ‘double meaning’.
“Macam mana boleh takut dengan jarum. Dengan Tuhan relaks je?” usik seorang wargamaya.
“Hari tu sembang macam dah ready nak masuk neraka, dengan jarum pun menggelupur,” tegur seorang wargamaya.
“Ada dua benda yang MK tak minat, kena cium dengan perempuan random dan jarum. Haha,” kata seorang wargamaya.
“MK yang tersakiti,” komen seorang wargamaya lagi.
Perkongsian itu sehingga kini telah menerima hampir 4,500 ulang kicau dan 5,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Must-Watch Video