Laman Utama

“Dengan Kekasih Dah 'Tak Ada'…Saya Dengar Cakap Mak” – Aiman Tino

gempak
Fiza Kamarudin
18/03/2021
11:15 MYT
Sponsor Banner
“Dengan Kekasih Dah 'Tak Ada'…Saya Dengar Cakap Mak” – Aiman Tino
Penyanyi Aiman Tino mengakui hubungan cinta dengan gadis bernama Farah sudah berakhir dan kini memberi fokus terhadap perniagaannya.
"Dengan kekasih sudah tidak ada. Saya dengar cakap mak. Sekarang ini semua perkara saya buat sendiri. Saya uruskan kerja, perniagaan dan rutin harian sendiri. Semua saya buat sendiri. Itu yang mereka nak," katanya.
Menurut Aiman, apa yang terjadi membuatkan dirinya bangkit dan lebih bersemangat terutama dalam menguruskan perniagaan kedai makan char kuey teow di Wangsa Maju dan terbaharu di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
"Perkara ini sudah lebih sebulan. Saya berasa ia tak memberi kesan apa-apa. Malah, dengan adanya isu ini ia memberi semangat kepada saya. Pada mulanya memang rasa 'down', tapi di sebaliknya selepas seminggu, semangat datang.
"Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi kerana ia membuatkan saya nak lebih berjuang. Apa saya boleh cakap, keluarga saya mungkin tak nampak apa saya buat di luar dan saya pun kurang berkongsi dengan mereka.Saya memang bekerja keras untuk keluarga," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, isu mulai panas apabila ibu Aiman iaitu Hazelina Mat Jalil menerusi Instagram meluahkan rasa terkilan dengan sikap anaknya yang dikatakan mula berubah selepas mengenali seorang wanita bernama Farah.
Malah, ketika itu Aiman dikatakan sering gagal dihubungi syarikat rakaman dan syarikat produksi. Bagaimanapun, Aiman tampil membuat kenyataan permohonan maaf atas salah faham yang timbul.
Dalam perkembangan lain, Aiman terbabit dalam penggambaran drama Kampung Kolestrol lakonan bersama Sufian Suhaimi, Ziana Zain dan Mas Idayu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video