Pelakon Nonny Nadirah berkongsi sebuah video yang telah menarik perhatian netizen di akaun Instagram (IG) miliknya.

Semuanya gara-gara rakaman dirinya sedang menikmati makanan di sebuah restoran yang dimuat naik ketika umat Islam sedang menunaikan ibadat puasa.

"Mohon bersabar, ini ujian. Mohon bersabar, ini ujian. Mohon bersabar, ini ujian," tulisnya sebagai kapsyen.

Rakaman video tersebut menjadi perhatian netizen serta menimbulkan rasa kurang senang hati.

Nonny tidak berdiam diri malah terus menjawab sehinggakan wujud perbalahan.




Video yang dimuat naik telah mendapat lebih 99, 000 tontonan dan lebih 500 komen pengikut dengan pelbagai pendapat.

Nonny mula aktif di industri hiburan pada tahun 2007 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Mohon bersabar, ini ujian. Mohon bersabar, ini ujian. Mohon bersabar, ini ujian. ? . Location : @dipndip (Malaysia) - The Curve/Bangsar Menu : Waffle Triple Chocolate Price : RM 19/21(around thatlah guys) . @lalisasecrethq @threka.official #makantimewithciknons

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on