“Dengan Pengorbanan Akan Datangkan Kemanisan” - Saharul Ridzwan
Asyikin Mayudin
21/05/2024 13:55 MYT
21/05/2024 13:55 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi momen terakhir dia membersihkan rumahnya di Cyberjaya yang bakal menjadi milik orang lain tidak lama lagi.
Rumah Dah Ada Pembeli
Menerusi perkongsian video di TikTok, Saharul percaya ada kemanisan yang akan datang atas pengorbanan itu dan mendoakan agar urusannya dipermudah.
“Bermacam-macam rasa bila rumah yang banyak kenangan ni, bakal beralih dan menjadi milik orang lain.
“Alhamdulillah. Dengan pengorbanan, akan datangkan kemanisan. Insya-Allah, doakan semoga dipermudahkan kami dan untuk bakal pemilik baru ini khususnya. Bismillah,” kongsi Saharul.
Rata-rata netizen memuji tindakan Saharul menjual rumahnya selain menganggap ia juga untuk ketenangan hidup tanpa memikirkan soal hutang.
“Saya pun dah jual rumah lima tahun lalu… sumpah tenang tiada hutang. Jual tanpa ada rumah lain. Lepas jual menyewa.
“Hebat… si isteri pun sama hebat. Terbaik bimbingan suami untuk keluarga. Kebiasaanya perkara-perkara yang melibatkan harta ni perlu persetujuan yang baik daripada suami isteri bersama.
“Hanya orang yang dapat erti ketenangan tu saja yang faham hidup di dunia apa yang penting,” komen beberapa netizen.
Pada Februari lalu, Saharul berjaya menjual kereta jenama mewah Mercedez Benz pada harga RM84,000 bagi melunaskan baki pinjaman bank yang dibuat sebelum ini.
BERITA TRENDING: [VIDEO] “Alhamdulillah, Seorang Lagi Puteri Dalam Kehidupan Saya” - Saharul Ridzwan Syukur, Isteri Selamat Bersalin
Kemudian aktor itu berhasrat untuk melepaskan sebuah kediaman miliknya di Cyberjaya.
Ini kerana dia berasa gusar memikirkan kediaman tersebut dibiayai oleh pinjaman konvensional iaitu pembiayaan bank yang melibatkan riba.
undefined