Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Deena Emir Milik Saharul Ridzwan

gempak
Ahmad Shah
16/09/2016
02:26 MYT
Sponsor Banner
Dengan Sekali Lafaz, Deena Emir Milik Saharul Ridzwan
Dengan sekali lafaz, pelakon Saharul Ridzwan, 27, selamat bergelar suami kepada Deena Emir, 28, pada jam 9.00 pagi tadi.
Saharul atau nama sebenarnya Saharul Ridzwan Hashim dan isteri selamat diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohamed Akif Emir Ahmad Teruki.
Majlis tersebut berlangsung secara tertutup di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga.
Pada majlis tersebut, pihak Saharul telah menghadiahkan Deena dengan lima dulang hantaran beserta mas kahwin berjumlah RM300 dan dibalas dengan tujuh dulang.
Bagaimanapun, pasangan ini memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.
Dalam pada itu, Sahurul juga memberitahu dia berasa lega kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar.
"Alhamdulillah, hari ini bermulalah satu fasa baru dalam hidup saya dan saya sendiri tidak sabar untuk memikul tanggungjawab amanah ni dengan sebaik-baiknya,” ujarnya.
Deena juga melahirkan rasa gembira dan syukur ke hadrat ilahi sebaik saja majlis selesai.
“Semoga limpah berkat dan rahmat, sentiasa memayungi perkahwinan kami,” ujarnya pendek.
Majlis resepsi Saharul dan Deena akan berlangsung pada petang Jumaa nanti (hari ini) bertempat di Dewan Sri Siantan,Putrajaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live