HIBURAN
Dengan Sekali Lafaz, Erissa Puteri Sah Bergelar Isteri Kepada Danial Iskandar… Terima Mas Kahwin 70 Gram Emas
Pelakon dan penyanyi Erissa Puteri selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Danial Iskandar pada jam 11 pagi Jumaat.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh jurunikah, Dr Adam dalam sebuah majlis bertemakan serba putih di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Pada majlis penuh istimewa itu, Erissa Puteri menerima mas kahwin 70 gram emas tunai.
Kedua-dua pasangan manis itu tampak segak dan manis mengenakan baju melayu dan baju kurung berona putih.
Terdahulu, Erissa dan Danial mengikat tali pertunangan pada awal Januari lalu.
Untuk info, Erissa pernah menyertai Ceria Popstar musim kedua pada 2014 dan mula menceburi bidang lakonan dengan drama-drama cilik di Astro seperti Geng UPSR, Puasa Oh Puasa, SMK dan banyak lagi.