Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dengan Sekali Lafaz, Redza Rosli Kini Suami Hos Hlive, Bella Hanna

Asyikin Mayudin
21/06/2024 08:10 MYT
Pelakon Redza Rosli selamat bernikah dengan aktres dan hos program Hlive iaitu Bella Hanna dengan sekali lafaz pada pukul 4.05 petang, Jumaat di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur.

Pasangan pelakon itu dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan iaitu Rosman Abdullah dan disaksikan oleh jurunikah Penolong Pendaftaran Perkahwinan Ustaz Mohamad Mustaqim Sarmuji serta dua orang saksi.

Sekali lafaz

Majlis pernikahan yang bertema serba putih itu dihadiri dalam 300 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, kenali terdekat dan rakan selebriti meraikan pasangan mempelai.

Antara selebriti yang hadir iaitu Erysha Emyra, Datin Intan Najuwa, Sweet Qismina, Adam Lee serta Datin Elvina Mohamad.

Pada majlis itu, Redza menyerahkan mas kahwin RM3,000 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan.

Menariknya, pelakon Adam Lee menjadi salah seorang yang membawa dulang hantaran bagi pihak pengantin lelaki manakala aktres Elvina Mohamad membawa dulang hantaran pihak pengantin perempuan.

Manakala wang hantaran, pasangan tersebut memilih untuk merahsiakan.

Untuk rekod, Redza pernah bergandingan dengan isterinya menerusi drama siri Luruhnya Bunga Cinta.

#Kahwin #Redza Rosli #Bella Hanna #Raja sehari
;