Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

Mya Amri
26/07/2024 01:15 MYT
Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi Jumaat.

Hanya Sekali Lafaz

Dengan sekali lafaz, Sarah selamat menjadi isteri tepat jam 8.29 pagi.

Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa Sarah, Suhairi Hamdan di hadapan jurunikah, Ustaz Ahmad Khaliq Md Rasid.

Sarah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486, bagaimanapun pasangan ini memilih untuk merahsiakan jumlah hantaran.

BERITA TRENDING:Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

​BERITA TRENDING:Sarah Yasmine Nafi Jadi Pembuli Siber, Dakwa Diri Difitnah - “Best Kan Tuduh Orang Letak Dadah..”

​BERITA TRENDING:Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

​BERITA TRENDING:“Satu Budaya Yang Teruk!” - Shuib Harap ‘Cyberbully’ Dihentikan, Dedah Arwah Siti Sarah Juga Pernah Jadi Mangsa


Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

Majlis bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, rakan selebriti dan pihak media.

Sebelum ini, Sarah tidak pernah mendedahkan mengenai hubungan istimewa mereka kepada umum.

Kedua-dua mereka dikhabarkan mula berkenalan pada 2020 dan mempunyai minat yang sama iaitu sukan berkuda.

#Kahwin #Selebriti #hiburan #Sarah Suhairi