Sebuah akaun Twitter yang menggunakan nama dan identiti bekas peserta realiti Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi tampil bertanyakan soalan kepada penyampai radio ERA, Haniff Hamzah mengenai masalah rumah tangganya.

Menerusi entri di Twitter, akaun itu dilihat seolah-olah membalas kenyataan yang dilalukan oleh Hanif menerusi entri di Twiter miliknya baru-baru ini.

"Assalamualaikum, dengar cerito ada masalah rumah tangga juga. Sidang media bila?," tulisnya.

{BACA: "PU Abu, Lu Diam Jelah, Bo**h Gil* Kau Ni" - Ini Luahan Hanif Hamzah Pada PU Abu}

Sebenarnya, ramai salah sangka dan tersalah faham kerana akaun Twitter yang menggunakan identiti PU Abu itu merupakan akaun palsu.

Sebelum ini, menerusi akaun Instagram milik PU Abu, jejaka itu tampil dan menjelaskan dia tidak mempunyai akaun media sosial yang lain selain Instagram.

Buat masa ini saya tiada apa2 akaun media sosial melainkan instagram sahaja.Harap maklum.Berapada2lah dalam menjatuhkam hukum ke atas orang ?

A post shared by Pencetus Ummah Abu (@puabu.official) on


Kontroversi PU Abu mula mendapat perhatian selepas media melaporkan PU Abu menceraikan isterinya Ain Afini yang kini hamil tujuh bulan dan berkahwin dengan Hana Azraa, janda anak satu.

Tidakkan PU Abu telah mendapat kecaman, lebih-lebih lagi apabila dia melafazkan talak terhadap Ain Afini menerusi aplikasi Whatsapp.

{BACA: Demi Anak, Hanif Hamzah Tidak Akan Keluarkan Kenyataan Sendirian Berikutan Isu Rumah Tangganya}

Sementara itu, Haniff juga tidak mahu mengeluarkan kenyataan sendirian mengenai status terkininya bersama isteri, Wan Nor Katherina.

Menurut Haniff, dia berharap semua orang memahami dengan situasinya yang mempunyai dua orang anak, Tuah Khaliff dan Jebat Khaliff.