Hiburan

“Dengar Lagu Tak Apa, Zikir Tak Boleh?” – Netizen Pertahan Sufian Suhaimi Jual Bantal Zikir

gempak
Azwa Rahman
03/02/2020
09:39 MYT
Sponsor Banner
“Dengar Lagu Tak Apa, Zikir Tak Boleh?” – Netizen Pertahan Sufian Suhaimi Jual Bantal Zikir
Penyanyi Sufian Suhaimi menerima sokongan wargamaya selepas dia menerima kecaman sebagai penunggang agama apabila menjual bantal zikir.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @InjangNation mempertahankan tindakan Sufian dengan menyatakan kepentingan bantal zikir untuk mendodoikan bayi.
“Tunggang agama apa pulak? Dia jual bantal untuk bantu mak bapak dodoikan anak dengan cara yang lebih baik. Jadi lullaby pillow okay, zikir pillow pulak menunggang agama?
“Dengar lagu tak apa, dengar zikir tak boleh? Bukannya dia jual bantal ajaib boleh sembuh penyakit sebab dibacakan ayat suci pun,” tegas pengguna tersebut menerusi satu kicauan. Sufian menerusi satu kicauan memaklumkan tujuannya menjual bantal zikir terbabit hanyalah untuk menyebarkan kebaikan kepada orang ramai.
Malah, dia turut memjelaskan bantal tersebut menggunakan suaranya dan susunan muzik untuk doa-doa harian dan trak pembelajaran yang boleh dimainkan.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, ramai ibu bapa yang turut menyokong tindakan Sufian tersebut sebagai satu kebaikan kepada mereka.
“Daripada bagi anak-anak main gajet, baik guna bantal zikir ni bagi diorang tidur,” tulis seorang wargamaya.
“Saya dah plan nak beli untuk anak buah masa birthday dia nanti. Saya perasan dia suka mengaji, suka dengar suara azan,” ujar seorang wargamaya.
“Saya dah ada niat dan berminat nak beli untuk baby saya,” komen seorang wargamaya lagi.
Kicauan pengguna tersebut sehingga kini telah menerima hampir 10,000 ulang kicau dan 8,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live