Pendakwah bebas dan penyanyi Da'i Syed mengakui dia sengaja tidak memandang kamera
sewaktu bersiaran secara langsung di media sosial.

Menurut Syed, dia telah dinasihati oleh seorang ustaz untuk bertindak sedemikian bagi menglindungi diri daripada disihir atau disantau.

Malah, kata pemilik nama Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, dia terpaksa berubat bagi memastikan kesihatan makin pulih.

"Betul! Memang saya selalu tak pandang kamera. Di Instagram Live juga begitu. Sebab beberapa bulan lepas saya berubat.

"Ustaz tu nasihat kan saya jangan selalu pandang kamera. Sebab mereka hantar sihir atau santau melalui mata saya ketika siaran langsung Instagram. Mohon doakan. Sangat struggle nak pulih," tulisnya.



Sebelum ini, Syed memuat naik paparan skrin (screenshot) yang diterima daripada pengikut yang menegur dengan tindakannya itu di Instagram Stories.

"Salam DS, maaf tapi saya dah lama perasan da'i selalu cakap tak menghadap kamera. Huhu tak tahu kenapa.

"Nabi kita selalu cakap menghadap orang tersebut. Hehe hanya peringatan semoga sukses terus amin," tulis individu yang tidak diketahui identitinya.

Terdahulu, nama Syed menjadi kontroversi kerana didakwa memperdaya beberapa wanita sehingga berlakunya salah laku.