HIBURAN
"Dengarnya Dah Hafal 20 Juzuk Al-Quran, Berat Badan Bertambah" - Saiful Apek Update Perkembangan Semasa Yassin, Bakal Pulang Sebelum Aidilfitri
Pelawak Saiful Apek memaklumkan bahawa sahabatnya dalam kumpulan Senario, Yassin, yang kini berada di Arab Saudi, dijangka pulang ke tanah air sebelum Aidilfitri.
BERITA TRENDING: "Tunggu Khabar Gembira Mengenai Yassin Beberapa Minggu Lagi" - Azlee
BERITA TRENDING: Ketiadaan Yassin Beri Kesan Kepada Wahid Senario - “Dengan Tanpa Malunya, Saya Kata Dia Adalah Sumber Rezeki Saya”
BERITA TRENDING: “Semua Boleh Buat Spekulasi & Andaian..." - Saiful Apek Enggan Ulas Lanjut Hal Berkaitan Yassin
Jelas Apek, maklumat itu dikongsikan sendiri oleh keluarga Yassin kepadanya dan dia punyai sebab untuk tidak terlalu berkongsi tentang sahabatnya itu demi menghormati privasi.
"Selama ini kami berdiam diri kerana menghormati pihak keluarga Yassin, tapi melalui maklumat keluarga yang saya terima dia akan balik sebelum Aidilfitri ini.
"Alhamdulillah kami lega apabila dapat tahu dengan lebih terperinci keadaan dirinya. Saya dan Yassin sudah berkawan lama. Mungkin dia tak pandai mana, tapi dia tak bodoh.
"Cuma saya nak beritahu kepada semua supaya hentikan segala spekulasi. Kita tunggu tuan empunya badan balik, dan biar dia sendiri yang ceritakan kejadian sebenar yang berlaku sampai dia ditahan," katanya kepada Gempak.
Hafal 20 juzuk al-Quran
Apek yang ditemui pada majlis berbuka puasa filem 6 Jilake di World Trade Centre Kuala Lumpur pada Rabu menegaskan Yassin tidak ditahan di penjara sebaliknya sedang menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
"Alhamdulillah saya lega dia berada dalam keadaan yang baik. Dia pun dengarnya sudah hafal sehingga 20 juzuk al-Quran kerana dapat 'kursus percuma'.
"Tiada benda jadi kebetulan, insya-Allah sebelum Aidilfitri ini dia pulang untuk bersama dengan keluarganya dan kami akan sambut dengan penuh gembira," katanya.
Ditanya adakah dia berpeluang untuk bercakap dengan Yassin sepanjang berada di pusat pemulihan itu, Apek memberitahu, dia dapat bercakap dengan pelawak itu.
"Saya dapat bercakap sekali dengan Yassin melalui panggilan video di aplikasi Zoom. Malah berat badannya juga bertambah naik. Kalau dulu badannya saiz S (Small) kini sudah saiz M (Medium)," katanya.
Hulur bantuan
Dalam pada itu, Apek mengakui dia bersama rakan-rakan lain ada menghulurkan bantuan untuk memastikan rakannya itu berada dalam keadaan baik.
"Sebagai sahabat kami saling berkongsi rezeki untuk dalam menyediakan segala keperluan di sana.
"Saya rasa kalau saya sendiri ditimpa musibah pun, pasti sahabat-sahabat saya akan lakukan perkara sama.
"Inilah gunanya sahabat. Cuma tiada lah masalah kewangan yang kritikal sepanjang dia berada di sana. Semuanya ditangani dengan baik," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pelawak Malaysia ditahan di Jeddah kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja.
Pelawak itu dijatuhi hukuman enam bulan pada November lalu dan berpeluang dibebaskan lebih awal sekiranya berkelakuan baik. Namun, identitinya tidak didedahkan dalam laporan awal.