,
Hiburan

“Dengki Sangat Kenapa? Saya Berlakon Pun Bukan Bagus Sangat…” – Zara Zya Kecewa

Mya Amri
17/04/2019
14:12 MYT
Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa kecewa dengan dakwaan negatif yang dilemparkan oleh sesetengah pihak terhadap perniagaannya.
Zara menerusi akaun Instagramnya memberitahu sepanjang menguruskan perniagaan terdapat halangan dan dugaan yang ditempuhi namun dia tidak mendedahkannya kepada umum.
Zara juga menyatakan kata-kata makian dan cacian yang diberikan terlalu teruk sehingga membuatkan dia tidak kuat berdepan dengan perkara negatif itu.
“Apa perasaan korang kalau tiap hari ada je yang caci maki korang? Bertahun-tahun saya tahan, saya packing produk sendiri, pergi pos sendiri, tulis form pos sendiri.
“Kena tipu pasal meniaga, kena tipu pasal lakonan, produk tak jalan, promote berhari-hari tapi takde sales, semua saya dah rasa.
“Orang nampak yang senang je, ingat saya kaut untung atas angin je. Ada juga orang yang dah kaya ada pengalaman jual produk macam-macam, dok mengata saya.
“Padahal saya tak jual sama produk dengan dia pun. Dengki sangat dengan saya kenapa? Saya berlakon pun bukan bagus sangat dan tak mungkin saya nak berlakon sampai tua.
“Apa lagi yang saya pandai buat, bisnes je lah. Ramai orang ingat saya kuat tapi kalau dah kerap sangat macam ni, saya pun down jugak.
“Saya jual lipmatte orang kata bibir tak cantik pun nak jual lipmatte, saya jual lens orang kata saya tiru orang lain meniaga. Saya jual trimzshot, orang kata dah kurus tak payah la nak menipu.
“Sampai kata semua yang saya jual tu haram. Kali ni saya rasa nak mengadu dengan followers saya. Saya nak tanya followers saya, salah ke saya berniaga?” luahnya.

Apa perasaan korang kalau tiap hari ada je yg caci maki korang? Bertahun2 saya tahan, saya packing produk sendiri, pegi pos sendiri, tulis form pos sendiri, kena tipu psl meniaga, kena tipu psl lakonan, produk tak jalan, promote berhari2 tapi takde sales, semua saya dah rasa. Org nampak yg senang je, ingat saya kaut untung atas angin je. Ada juga org yg dah kaya ada pengalaman jual produk mcm2, dok mengata saya. Padahal saya tak jual sama produk dgn dia pun. Dengki sgt dgn saya knp? Saya berlakon pun bkn bagus sgt dan tak mungkin saya nak berlakon sampai tua. Apa lg yg saya pandai buat, bisnes je lah. Ramai org ingat saya kuat tapi kalau dah kerap sgt mcm ni, saya pun down jugak. Saya jual lipmatte org kata bibir tak cantik pun nak jual lipmatte, saya jual lens org kata saya tiru org lain meniaga. Saya jual trimzshot, org kata dah kurus tak pyh la nak menipu. . . Sampai kata semua yg saya jual tu haram. ? Kali ni saya rasa nak mengadu dgn followers saya. Saya nak tanya followers saya, salah ke saya berniaga? . #trimzshottakharam #trimzshot #trimzshotbyzarazya @zarazyahq.beauty

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata positif dan sokongan moral buat Zara.
“Tak salah pun. Berniaga secara halal dan itu hak Zara Zya. Nak hidup kena ada sesuatu untuk diteruskan supaya nanti tak kebuluran. Biasalah orang memang akan cakap macam-macam tapi harap Zara Zya kuat dengan ujian ni semua,” komen @_babylya
“Tak salah pun sis. Macam ni la, bila ada orang kata buruk-buruk pasal sis, sis ambil positif, sis jadikan penguat dalam hidup. Buat ape kita nak sedih bagai sedangkan dia tak tahu apa yang kita alami. So sis, keep strong and always be positive,” nasihat @nrl.azzyatie
“Tak salah berniaga @zarazya... Kalau nak fikir apa orang kata kita tak boleh hidup bukan diorang bagi kita makan pun. Keep it up jangan putus asa. U can do it,” sokong @nurazahurysd
Foto: Instagram @zarazya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Kantoi Dengan Sugar Daddy, Sampai Minta Pembantu Peribadi ‘Deal’ Dengan Isteri Pertama Untuk Redakan Keadaan

gempak
07/09/2024
05:55 MYT
Hanya memperkenalkan artis tersebut sebagai R, Hilmi memberitahu bahawa aktres berkenaan pernah ditangkap oleh isteri pertama skandalnya itu.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Apich Lo Tak Tergugat Dengan Hero Baru, Anggap Usia Bukan Penghalang - "Kalau Minat, Mesti Usaha"

gempak
05/09/2024
12:55 MYT
Baru bertapak dalam industri lakonan, pelakon Apich Lo meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk membintangi filem Pontianak 200KG
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.