Berita
"Depa Ingat Kami Ni Kahwin Mat Saleh, Kami 'Open' Kot" - Isu Tayang Anu, Nourul Depp Buka Mulut
Penyanyi Nourul Deep mengakui cukup terkesan dengan insiden dirinya menerima panggilan video lucah daripada lelaki yang tidak diketahui identitinya baru-baru ini.
Begitupun, menurut Nourul dia masih belum sempat untuk membuat laporan polis berhubung hal tersebut.
"Kami tak sempat nak buat laporan polis lagi, tapi apa saya buat, letak nombor telefon (individu) tu.
"Memang saya sakit hati dan terkesan sebab itu saya letak begitu supaya orang tengok," katanya yang menjelaskan situasi yang dialami beberapa hari sudah.
Menurut Nourul lagi, biarpun dia berkahwin dengan lelaki mat saleh, itu tidak bermaksud dia bersifat terbuka untuk diperlakukan sedemikian rupa.
"Mereka ingat saya ini kahwin dengan mat saleh, saya ni bersifat terbuka boleh tengok anu mereka. Tak tahulah, saya rasa anda ini sakit otak, orang hilang akal, orang sakit jiwa.
"Tak tahulah mereka imiginasi apa. Tolonglah, kalau ada imiginasi tu, guna kat bahagian sepatutnya ya anak-anak sekalian. Malulah sikit, saya ini dah mak-mak orang, adab tu kenalah jaga," luahnya.
Pada masa sama, kata Nourul, dia juga meminta agar mana-mana individu di luar sana berhenti daripada mengirim mesej kepadanya untuk dijadikan sebagai 'anak ikan'.
"Tak perlu mesej kata nak jadi 'anak ikan' ke..saya tak mahu jadi mak ikan sebab kami dah jumpa bapa ikan.
"Saya tak macam tu, suami saya jaga saya sebaiknya, buat apa saya nak cari pasal cari yang muda-muda," katanya.
Sebelum ini, Nourul meluahkan rasa geram apabila terdapat pihak yang bertindak melakukan panggilan video lucah terhadapnya ketika sedang melakukan live di platform media sosialnya.