Laman Utama
"Depa Nak Tipu Juga & Makan Duit Haram" - Rizalman Berang Scammer Cuba Perdaya Pelanggannya
Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim meluahkan rasa berang apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab didakwa cuba memperdaya pelanggan dengan jualan produknya.
Menurut Rizalman, dia kecewa apabila masih terdapat lagi individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap orang ramai.
"Kenapa ada orang sanggup buat kelaku (perangai) macam ni. Puas aku jaga sistem jualan tak mahu bagi hangpa kena tipu.
"Depa nak tipu juga dan makan duit haram!," luahnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Dalam entri berkenaan, Rizalman turut memuat naik paparan tangkap layar mesej urusan jual beli individu yang dipercayai cuba memperdaya orang ramai.
Individu berkenaan dikatakan cuba menjual produk beg tangan koleksi baharu daripada Rizalman yang masih belum lagi dijual kepada umum secara rasmi.
Menerusi mesej perbualan individu berkenaan, pihak tersebut meminta pelanggan untuk membayar sejumlah wang sebagai deposit.
"Kesemua PS (personal shopper) aku sekalipun aku tak benarkan ambil apa-apa deposit selagi aku tak beri apa-apa arahan. Ini kan pula hangpa nak percaya dekat orang yang hangpa tak kenal?," ujarnya.
Dalam satu hantaran berasingan, Rizalman kemudian turut mendedahkan nombor telefon individu berkenaan supaya tidak ada pelanggannya yang terpedaya dengan sebarang bentuk tipu helah pihak tidak bertangungjawab.
"Wahai kawan-kawan, tolong jangan sampai nafsu melangkaui akal.
"Aku susah payah nak jaga bagi hangpa terhindar dosa dengan dok jaga supaya takdak orang kena aniaya. Tolong sabar dan beli hanya dari sumber tulin! Tak takut azab apa neraka ka scammer oii!," tulisnya.
Must-Watch Video