VIRAL
“Depa Pun Cakap Kasaq Tapi…” - Netizen Puji Cara Adik-Beradik Melvin Tutur Dalam Loghat Utara
Satu hantaran di aplikasi Threads tular apabila netizen membandingkan gaya pertuturan adik-beradik Syatilla Melvin dengan seorang usahawan yang viral dimana kedua-duanya menggunakan loghat utara.
Menerusi perkongsian itu, netizen menyatakan walaupun adik-beradik Melvin bercakap dalam loghat yang sama, gaya penyampian mereka dilihat lebih sopan berbanding usahawan tersebut yang dianggap terlalu bising apabila bercakap.
“Adik beradik Melvin tu sembang kasaq loghat utara gak tapi tak ada pulak nampak depa punya bingai masa depan kamera.
“Lawak lagi ada la. Hat sorang nuuu terpaling utagha terpaling hingaq tu eii laaa maleh ah cakap nanti LOD sampai pulak,” tulis dari netizen.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pandangan tersebut, malah ada yang menyokong cara penyampaian dan adab memainkan peranan penting, walaupun menggunakan loghat yang sama.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:

Must-Watch Video