Laman Utama
“Depan Sudah Enak, Kenapa Belakangnya Begitu?” - Ismail Izzani Sahut #JemimahChallenge, Raih Perhatian Peminat Indonesia
Penyanyi Ismail Izzani mencuri perhatian wargamaya apabila menyahut trend #jemimahchallenge yang tular di media sosial.
Menerusi laman sosial Instagram, Ismail memuat naik nyanyian Cinta Dalam Hati versinya untuk tatapan umum.
“Good night everyone, #jemimahchallenge,” tulis Ismail ringkas di ruangan kapsyen.
Trend #jemimahchallenge terhasil daripada finalis Indonesia Idol 2021, Jemimah Cita yang mempersembahkan lagu Cinta Dalam Hati nyanyian asal kumpulan Ungu dan mencetus fenomena dengan olahan tersendiri.
Apa yang lebih melucukan, teknik nyanyian Ismail yang menekan huruf R pada lirik lagu tersebut mengundang palbagai reaksi rakan selebriti dan pengikutnya.
“Saya harap saya kat sebelah awak supaya boleh sepak,” komen penyanyi Daniesh Suffian.
“Hahahaha part last sekali tu macam nak kena tempeleng je,” kata penyanyi Adzrin.
“Ahhhh sakitnyaaa hati part last tu hahahaaha,” tulis seorang wargamaya.
“That BERRRRRR sampai ya!” sokong seorang wargamaya.
“Uish sampai terkeluar urat leher,” ujar seorang wargamaya.
“Depannya sudah enak, kenapa belakangnya begitu sih, salam dari Indonesia,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video #jemimahchallenge Ismail telah meraih hampir 150,000 tontonan daripada wargamaya.
Selain Ismail, beberapa selebriti lain yang turut menyahut cabaran ini adalah Aina Abdul, Ernie Zakri, Sufie Rashid, Vanessa Reynauld dan ramai lagi.
Must-Watch Video