Penyanyi popular Datuk Seri Rossa mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi sebuah video sedang menangis gara-gara dicurangi aktor terkenal Korea, kim Soo Hyun.

Menerusi laman sosial Instagram (IG), Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 42, memuat naik video air matanya mengalir deras untuk tatapan umum.

“Ketika di dalam kereta, ada teman yang menghantarkan foto teman lelakimu sedang bersama kekasih lain. Why Kim Soo Hyun?,” tulis Rossa menerusi ruangan kapsyen.

Ketika di mobil trus dikirimin temen foto pacarmu lg sama cewek lain ??. Whyyyyyyy kim soo hyun ?? #hatiyangkausakiti #rossa

A post shared by Rossa (@itsrossa910) on

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, Rossa dilihat menggunakan filter IG storynya untuk kesan air mata yang memberikan kesan dia sedang menangis.

Tambah pilu apabila lagunya sendiri berjudul Hati Yang Kau Tersakiti menjadi lagu latar bagi momen sedih tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut terhibur dengan aksi ‘drama’ Rossa yang kelihatan lucu.

“Aduhh sakit perut gelak ni!” tulis seorang wargamaya.



“Air matanya turun deras betul. Lakonan sangat okay, meresapi ke dalam jiwa. Boleh dijadikan contoh ni,” kata seorang wargamaya.

“Aku terus tak jadi sedih sekali, aku gelak tak berhenti-henti,” usik seorang wargamaya lagi.

Untuk rekod, Rossa merupakan penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun 2018.