SUKAN
Deretan Kekasih Ronaldo Sebelum Bertunang Dengan Georgina Rodriguez!
Sebelum menjalin hubungan dengan Georgina Rodriguez sejak 2016, bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo mempunyai senarai panjang hubungan berprofil tinggi termasuk dengan model, pelakon dan pempengaruh terkenal.
Menurut Daily Mail, percintaan serius pertama Ronaldo sebagai pemain bola profesional dikatakan bersama Jordana Jardel, kini berusia 40 tahun, pada awal 2000.
Model Brazil itu ialah adik kepada penyerang Mario Jardel, rakan sepasukan Ronaldo di Sporting Lisbon. Mereka bertemu pada 2003 tetapi berpisah tidak lama selepas Ronaldo berpindah ke Manchester United.
Selepas itu, beliau menjalinkan hubungan dengan Merche Romero, seorang model dan pengacara TV dari Portugal yang sembilan tahun lebih tua daripadanya.
Ia salah satu hubungan awalnya yang paling mendapat perhatian umum. Mereka mula berkenalan pada 2005 dan bersama selama lebih setahun, namun jarak antara Ronaldo di England dan Romero di Lisbon menyebabkan hubungan itu berakhir pada 2006.
Pada tahun sama, Ronaldo dikaitkan dengan Imogen Thomas, bintang rancangan realiti TV British Big Brother. Percintaan singkat mereka menjadi tajuk utama, dan walaupun terdapat khabar angin pada 2011 mereka kembali bersama, Ronaldo menafikannya.
Juga pada 2006, beliau dikhabarkan pernah bercinta dengan Soraia Chaves, yang ketika itu model baharu Portugal dan kini pelakon terkenal.
Pada 2007, hubungan Ronaldo semakin mendapat perhatian media. Dia pernah bercinta dengan Gemma Atkinson, pelakon terkenal dari siri TV Hollyoaks. Gemma mendedahkan pendekatan Ronaldo yang ringkas namun berkesan untuk memikat hatinya, termasuk dengan mengajaknya minum teh dan menonton sitkom klasik British.
Pada tahun yang sama, Ronaldo dilihat bercium dengan bintang Bollywood Bipasha Basu di sebuah kelab malam di Lisbon selepas satu majlis anugerah. Walaupun khabar angin percintaan tersebar, mereka kekal sebagai rakan rapat selepas pertemuan itu.
Pada 2008, Ronaldo menjalinkan hubungan secara terbuka dengan Nereida Gallardo, seorang model Sepanyol yang sering dirakam bercuti gayamewah bersamanya. Namun, hubungan itu berakhir dalam beberapa bulan.
Musim panas 2009 menyaksikan Ronaldo menjadi tajuk utama di Los Angeles, berpesta bersama Paris Hilton dan adiknya, Nicky Hilton. Saksi mendakwa Ronaldo dan Paris berkelakuan mesra di kelab malam, tetapi hubungan itu hanya bertahan beberapa malam.
Pada 2010, Ronaldo dikhabarkan pernah menjalinkan hubungan singkat dengan Kim Kardashian, selepas beliau dilaporkan menghabiskan tiga hari di Madrid, makan malam dan melawat vila Ronaldo.
Pada tahun sama, Ronaldo memulakan salah satu hubungan paling terkenalnya, bersama supermodel Rusia, Irina Shayk. Mereka bertemu semasa kempen fesyen dan bercinta selama lima tahun, sering tampil bersama di acara berprofil tinggi dan detik penting dalam kerjaya Ronaldo. Mereka berpisah pada awal 2015, dipercayai akibat jadual yang bercanggah dan perbezaan peribadi.
Tidak lama kemudian, Ronaldo dikaitkan dengan Lucia Villalon, seorang pengacara TV sukan Sepanyol, namun keluarganya menafikan sebarang hubungan romantik.
Pada 2016, beliau menjalinkan hubungan singkat dengan Desiree Cordero, Miss Spain 2014, tetapi dikatakan menamatkan hubungan itu kerana bimbang dengan niat sebenar Desiree.
Kemudian pada 2016, Ronaldo bertemu dengan Georgina Rodriguez ketika dia bekerja di sebuah butik Gucci di Madrid, satu pertemuan yang mengubah hidupnya.
Pasangan ini kini membina keluarga dengan lima orang anak: dua anak perempuan, Alana dan Bella; anak lelaki Cristiano Jr.; serta pasangan kembar Mateo dan Eva Maria (8 tahun).
Saudara kembar Bella, Angel, meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan. Identiti ibu kandung Cristiano Jr. tidak pernah didedahkan kepada umum, manakala Mateo dan Eva Maria dilahirkan melalui ibu tumpang.
Pada 11 Ogos 2025, Georgina mengumumkan perkahwinan mereka di Instagram dengan memuat naik gambar dirinya memakai cincin berlian besar.