“Derhaka Pada Allah Secara Terbuka”- PU Syed Minta Aliff Syukri Batal Lancar Lagu Baharu
Syafiqah Jalal
11/08/2022 03:30 MYT
11/08/2022 03:30 MYT
Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU), Syed Mohd Bakri Syed Ishak menegur usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri agar membatalkan hasrat untuk melancarkan lagu baharu tidak lama lagi.
Hal itu disebabkan promosi keterlaluan yang dimuat naik di media sosialnya baru-baru ini.
Pendakwah itu mendakwa ia ibarat Aliff sedang menderhaka secara terbuka kepada Allah selepas paparan muzik video (MV) yang dikongsi lebih kepada menonjolkan aksi menari bersama seorang artis wanita.
“Teguran terbuka buat jangan berani kamu lawan larangan Allah. Derhaka pada Allah secara terbuka.
“Sekali lagi Aliff Syukri buat kontroversi dengan merakamkan album atau lagu dangdut terbaharu. Saya tak pasti sama ada sedar atau tak perbuatan merakamkan lagu dangdut kalau berunsur keagamaan atau bagi nasihat tak jadi masalah.
“Tapi jemput artis yang goyang gerudi dan macam-macam. Saya tak kenal siapa artis tersebut. Cuma saya harap pihak Alif Syukri tidak menerbitkan lagu ini dan tidak didedahkan kepada masyarakat. Ini bukan sesuatu yang sihat,” katanya.
PU Syed berkongsi teguran secara terbuka itu dalam sebuah video yang dimuat naik ke akaun IG miliknya.
Pendakwah yang lahir dari program realiti Pencetus Ummah, itu mengulas selepas melihat perkongsian video promosi di IG Aliff mengenai pelancaran lagu dangdut berjudul Baby Sayang berserta tarikh tayangan MV tersebut.
Klip promosi tersebut memperlihatkan teman duet, Baby Shima menari sambil mereka menyanyi bersama.
“Bayangkan anak kamu melihat wahai Aliff Syukri, isteri kamu yang menutup aurat itu melihat, anak perempuan kamu, anak lelaki kamu dan ibu kamu melihat perbuatan kamu sekarang.
“Apa yang kamu mahu dedahkan kepada masyarakat,” katanya lagi.
Malah PU Syed melihat seolah-olah Aliff sengaja mahu mencetuskan sesuatu perkara yang mendatangkan kemungkaran supaya terus diperkatakan orang.
“Cukup kenyangkah kamu dengan kecaman orang? Sering kali kamu keluarkan kontroversi sampai terpaksa orang lain pula bagi nasihat.
“Adakah kamu nak (suka) macam itu? Adakah kehidupan kamu untuk menyenangkan perut hati kamu semata-mata? Tidakkah kamu suka menggembirakan agama Allah SWT.
“Cukuplah kemungkaran yang berlaku di depan mata. Jangan tambah lagi,” luah pendakwah bebas yang sememangnya terkenal dengan kelantangan dalam memberi teguran.
Dalam pada itu, PU Syed turut meminta Aliff ingat akan kematian yang dalam masa sama perlu menanggung dosa yang menonton video itu.
“Saat kematian kita bagaimana. Adakah kamu bersedia untuk menanggung segala dosa penonton yang menonton video dangdut mengarut kamu ini?
“Fikirkan bersama wahai Aliff Syukri. Datuk Seri minta maaf saya tak sebut pangkat. Yang penting nama kamu Aliff Syukri, yang penting kamu takut kepada Allah SWT lebih daripada kamu takut kehilangan harta sendiri,” katanya.

Menurut PU Syed lagi, aksinya itu dilihat turut bakal meninggalkan impak kepada keluarganya dan masyarakat.