Laman Utama

“Derita Ibu Bapa Tak Jumpa Anak Bukan Kepalang, Sudah Masanya Kerajaan Benar Rentas Negeri” - Bekas Menteri Kesihatan

gempak
Hanafis Haris
17/03/2021
16:35 MYT
Sponsor Banner
“Derita Ibu Bapa Tak Jumpa Anak Bukan Kepalang, Sudah Masanya Kerajaan Benar Rentas Negeri” - Bekas Menteri Kesihatan
Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berpendapat sudah tiba masanya kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri.
Menurutnya, rentas negeri boleh dilakukan kecuali mempunyai bukti kukuh tentang 'outbreaks' atau penularan baharu pandemik Covid-19.
Jelasnya, kes positif yang direkodkan sekarang bukanlah seperti penularan pada sebelum ini.
“Kes menular sebelum ini seperti di penjara, depot tahanan dan asrama kilang yang padat.
“Ini menunjukkan bahawa kes melonjak kerana tiada amalan penjarakan sosial, prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi di tempat-tempat kerja, asrama dan depot tahanan.
“Saya ingin tegaskan tiada lonjakan yang mendadak daripada pergerakan ke negeri-negeri lain yang ketara,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, pulang ke kampung halaman pada bila-bila masa bukanlah masalah yang sebenar.
“Derita ibu bapa tidak dapat berjumpa anak-anak dan sebaliknya bukan kepalang.
“Pada bila-bila masa sahaja kita boleh pulang tetapi yang penting ialah apabila kita pulang, SOP harus dipatuhi walaupun kita bersama saudara terdekat.
“Saya seperti anda juga, sudah lama tidak berjumpa ibu saya di kampung,” katanya.
Kerajaan mengumumkan tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh selepas ini.
Untuk rekod, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menyatakan, kerajaan sedia membenarkan rentas negeri secara peringkat.
“Perlukan sedikit masa lagi,” katanya menerusi sidang media khas PEMERKASA sebentar tadi.
BACA: “Tiada PKP Menyeluruh Selepas Ini, Rentas Negeri Pula Secara Berperingkat” - PM
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024