Berita

Derita Kanser Usus, Pak Lah Cecupak Meninggal Dunia

ZULHILMI JALIL
21/11/2020
05:52 MYT
Pelawak senior, Pak Lah Cecupak menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi.
Pak Lah atau nama sebenarnya, Noor Affendi Nurdin meninggal dunia akibat kanser usus pada usia 53 tahun.
Berita sedih itu dikongsikan pelakon dan pengarah Adam Hamid menerusi satu entri di Instagram.
"Dukacita dikhabarkan pada hari ini 5 Rabiul Akhir 1442H (21.11.2020), telah kembalinya ke Rahmatullah seniman Noor Affendi Nurdin, Pak Lah Cecupak kerana kanser usus," katanya.
Perkhabaran duka itu turut dikongsikan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) menerusi satu hantaran di Facebook yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.
Sebelum ini, Pak Lah dilaporkan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu ekoran masalah kesihatannya yang merosot.
BACA: Pak Lah Cecupak Perlu Bantuan Untuk Rawatan Kanser Usus & Komplikasi Penyakit Lain
Pak Lah meninggalkan seorang balu yang dikenali sebagai Miza Ali dan tiga orang cahaya mata.
Selain menjadi pelawak, Pak Lah juga pernah mencipta dan menulis lagu tradisional serta lagu rakyat.
Antara lagu popularnya ialah Joget Toleh Menoleh nyanyian kumpulan Senario.
Kumpulan Cecupak merupakan pelawak lagenda yang dianggotai oleh Pak Lah, Pak Jaih, Ucop, Ropie dan Pian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Selepas Hampir Sebulan, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

gempak
25/07/2024
01:30 MYT
Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Berita

Abang Bintang Bola Sepak Safawi Rasid Meninggal Dunia

gempak
24/07/2024
15:05 MYT
Bintang bola sepak Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid menerima berita menyedihkan apabila abangnya, Ahmad Muslim Rasid meninggal dunia.
Berita

Pemilik Suara Nobita Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun

gempak
24/07/2024
10:20 MYT
Pemilik suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi dalam siri anime popular Doraemon, Noriko Ohara, dilaporkan meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.
Hiburan

Renjatan Elektrik, Penyanyi Rock Maut Atas Pentas Serta Merta Selepas Peluk Peminat Basah

gempak
20/07/2024
14:20 MYT
Pemuzik dan juga penyanyi rock Brazil, Ayres Sasaki, 35, dilaporkan meninggal dunia semasa melakukan persembahan di Hotel Solar yang terletak di daerah Salinopolis pada Sabtu.
Berita

Remaja Rebah Sebelum Tonton Perlawanan Bola Pernah Bergurau Akan Viral & Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat

gempak
20/07/2024
12:25 MYT
Selain itu, Muhammad Danish Hakim juga pernah bergurau bahawa dia mungkin tidak akan hidup lagi sampai tahun depan dan seolah-olah dia tahu masanya akan tiba tidak lama lagi.