Deritai Lumpuh Separuh Badan, Nenek Mimi Fly Meninggal Dunia
Shahrin Zulkifle
15/10/2022 02:30 MYT
15/10/2022 02:30 MYT
Nenek kepada penyanyi Mimi Fly, Siti Ajar telah menghembuskan nafas terkahirnya pada usia 98 tahun pada pagi Sabtu.
Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Mimi menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.
“Innalillahiwainnailahirojiun. Selamanya dihati saya. Saya sayang awak Tok. Kami akan merindu awak setiap hari.
“Pagi yang hambar buat saya sekeluarga menatap pemergian nenek kesayangan kami, Siti Ajar Ismail, 98 tahun,” tulis Mimi pada kapsyen.
Sementara itu, Mimi yang juga ahli kumpulan One Nation Emcees mengucapkan terima kasih kepada pihak yang pernah mendoakan kesihatan neneknya yang sebelum ini menghidapi penyakit lumpuh badan.
“Terima kasih yang mendoakan Tok sepanjang kepayahan Tok mengharungi stroke dan lumpuh separuh badan.
“Kami sangat bersyukur atas dedikasi yang diberikan oleh para caregiver yang sama-sama meringankan kesakitan Tok. Tok, awak di tempat yang lebih baik sekarang,” tambahnya.
Sementara itu, di ruangan balas ramai rakan selebriti dan peminat yang tumpang berduka dan menitipkan doa buat arwah.