Pengarah Michael Ang meluahkan rasa berang apabila netizen mempersoal tindakannya yang gemar berkongsi gambar-gambar outfit of the day (OOTD) yang dipakainya di media sosial.

Menurut Michael, dia menerima banyak mesej peribadi daripada netizen di media sosialnya memintanya untuk melakukan perkara yang lebih berfaedah terutamanya melakukan amal jariah kepada golongan yang terkesan ketika pandemik Covid-19 ini.

"Aku stres dengan korang, aku tak faham apa yang korang nak. Sekarang aku mula suka post OOTD sebab aku tak ada benda nak post. Takkan hari-hari nak post di set tengah penggambaran, jadi post benda lain.

"Korang mula DM aku, kata tahulah aku mampulah, daripada tayang aku punya OOTD, baik aku pergi dermalah," katanya menerusi satu hantaran video di Instagram.



Menurut Michael lagi, tiada sebab untuk dirinya menayangkan segala bentuk kebajikan yang dilakukan selama ini.

"Takkan kita nak menderma pun kita nak tunjuk pada orang. Nak tunjuk aku pergi rumah anak yatim? Korang nak aku tunjuk paparan tangkap layar orang yang hutang aku tapi tak boleh bayar balik sebab tak dapat kerja dan aku kata okay. Nak tunjuk aku ni baik?

"Kalau nak derma itu antara dengan Allah. Kalau betul ikhlas, betul xde maknanya nak post kat Instagram beritahu korang semua. Apa masalah korang?" katanya.

Menurut Michael lagi, dia memohon agar orang ramai tidak memperlekeh seseorang hanya kerana tidak melihat kebaikan seseorang di media sosial,

"Sudah-sudahlah korang nak jadi alim sangat, nak masuk di Intagram, DM.

"Derma tak derma itu hidup aku. Korang ingat korang bagus sangat? Korang yang cakap tu korang buat derma ke? Kita buat derma pun kita tak nak beritahu oranglah. Buat apa nak tunjuk, nak riak. Get a life!" pesannya.

Video yang dimuat naik di Instagram TV itu sudah mencatat lebih 61,000 tontonan.

Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan apa yang diperkatakan Michael.

Bahkan, meminta agar dirinya tidak mengendahka sebarang kritikan sedemikian.

"Mike, henti layan benda-benda macam ni, takkan habis dan anda yang jadi gila nanti, kesian awak.

"Sabar Mike, cubaan...ramai mata merah pasal kay mampu mereka tidak, tu pasal iri hati dah timbul mereka ini," komen sebahagian pengikutnya.