Derrick Gan Terima Hadiah Skuter Modenas Selepas Pulang Dari Doha! - "Ini Sangat Istimewa Kerana ..."
Amri Hassan
27/01/2024 17:04 MYT
27/01/2024 17:04 MYT
Pengorbanan yang tidak sia-sia buat penyokong Harimau Malaya yang tular di media sosial, Derrick Gan.
Derrick menerima sebuah motor skuter Modenas Karisma bernilai RM5,400 dihadiahkan oleh Ketua Pegawai Esekutif Modenas Roslan Roskan.
“Saya tidak menyangka menerima sebuah motosikal skuter selepas pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di Doha antara Malaysia dan Korea Selatan.
“Saya akan gunakan skuter ini dengan sebaiknya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Modenas dan juga radio Era yang menyambut kepulangan saya dengan penuh kejutan.
“Ia satu pengalaman yang luar biasa, mengembirakan dalam hidup saya serta tidak akan lupakan.
“Selain itu, skuter ini juga sebagai hadiah istimewa dan simbolik untuk meraikan hari lahir saya pada 28 Januari ini,” katanya.
Dalam pada itu, Derrick juga berkesempatan membuat panggilan video bersama penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi.
Syihan akui berbangga dengan semangat Derrick yang begitu semangat menyokong terhadap pasukan bola sepak negara.
Terdahulu, Derrick menjadi tumpuan peminat bola sepak negara selepas menjual motosikal kesayangannya untuk membiayai perjalanan ke Doha.
Dia berbuat demikian untuk menonton perlawanan bola sepak kelayakan Piala Asia untuk memberi sokongan penuh kepada pasukan Harimau Malaya.
BERITA TRENDING: Penampilan Macam Goku, Rupanya ‘Mamat Cina’ Menangis Tengok Bola Jual Motor Demi Ke Doha Sokong…
Dia dikejutkan dengan penyampai 3 Pagi Era, Radin sejurus tiba di lapangan terbang KLIA dari Doha, Qatar malam tadi.Derrick menerima sebuah motor skuter Modenas Karisma bernilai RM5,400 dihadiahkan oleh Ketua Pegawai Esekutif Modenas Roslan Roskan.