Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Desas-Desus Anita Sarawak Kurang Sihat, Ini Komen Noorkumalasari!

Amri Hassan
14/11/2022 09:30 MYT
Penyanyi popular Noorkumalasari mengesahkan kakak tirinya Anita Sarawak berada dalam keadaan baik di samping suaminya Mahathir Abdullah.

Hal itu sekali gus menafikan khabar angin tidak elok mengenai kesihatan Anita yang kini menetap di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) setelah hilang dari radar media sejak 12 tahun lalu.

Bagaimanapun, Noorkumalasari, 66, berkata, walaupun sebagai ahli keluarga, hanya kakak sulungnya sahaja yang berpeluang bercakap dengan Anita secara langsung.

"Dia (Anita) tidak hubungi saya sebab tahu saya rapat dengan media. Dia pernah hubungi kakak sulung dan hanya kirim salam pada ahli keluarga lain.

"Sedangkan sebelum ini, dia akan menghubungi kami semasa hari raya dan semua ahli keluarga dapat bercakap dengannya," katanya kepada Gempak.

Noorkumalasari ditemui selepas forum anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada Isnin.

Melanjutkan bicara, kata pelantun lagu Mata itu lagi kali terakhir dia dapat menghubungi Anita sebelum penyanyi itu berangkat ke Amerika Syarikat, kira-kira 10 tahun lalu.

Buat masa ini, kongsinya, tiada ahli keluarga yang berusaha ingin mencari dan bertemu dengan Anita kerana tidak mahu pulang hampa dan kecewa.

"Sebabnya, pernah berlaku pada seorang individu yang berusaha datang dari Kuala Lumpur dan mencari Anita di sana (AS). Namun akhirnya tidak dapat berjumpa langsung.

"Sepatutnya Anita bersimpati sebab individu tersebut sudah berusaha datang mencari dia, kenapa sampai begitu sekali layanannya," katanya.

Ditanya perkembangan Anita di luar negara, Noorkumalasari mendedahkan, dia dan suami sibuk menguruskan perniagaan serta mahu menjalani kehidupan biasa.

Anita kini berusia 70 tahun dan dilahirkan di Singapura pada 23 Mac 1952. Aktif dalam dunia seni sejak 1966 dan merakamkan album pertama With A Lot O' Soul pada usia 17 tahun.
Untuk rekod, Anita berkahwin dengan jejaka kelahiran British, Mahathir atau nama asal, Martin Cox pada 2001.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Viral #Noorkumalasari #“Amerika #“Anita #Sarawak” #Syarikat”
;