Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menjelaskan dia sudah pun membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) susulan wujud sebuah akaun palsu di laman TikTok yang melanggar privasi keluarganya.

Tegas Rosyam, 55, tindakan pihak tersebut bagaikan tidak menghormati dia dan keluarga yang mana selama ini dirinya sendiri jarang mendedahkan keluarganya kepada umum.

“Saya dah buat report pada MCMC berkenaan hal tersebut. Orang buat akaun tersebut tidak berhak untuk menggunakan gambar saya.

“Dia juga harus menghormati tindakan saya yang mana saya sendiri jarang memaparkan gambar keluarga saya di laman sosial.

“Saya langsung tidak gemar dengan tindakan dia, sudah la tidak minta izin. Saya tak suka dan takkan maafkan dia,” ujarnya kepada Gempak.

Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Duan Nago Bagho yang berlangsung di Starling Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.

Tambah aktor tersebut, dia juga enggan memaafkan tindakan pihak berkenaan yang dilihat sengaja ingin mengaut keuntungan dengan memuat naik konten menggunakan gambar dirinya sekeluarga.

“Dia buat macam itu seperti mengambil kesempatan dengan isu yang sedang hangat ke atas diri saya hanya kerana mahu meraih views.

“Saya takkan maafkan dan halalkan apa yang di buat. Desperate sangat ke nak buat duit sampai guna gambar-gambar artis di Malaysia termasuk saya.

“Keluarga pernah juga tinggalkan komen untuk beri amaran, malah owner akuan tersebut block ahli keluarga saya,” tambahnya.

Terdahulu, akaun palsu berkenaan yang kononnya milik Rosyam telah menulis beberapa coretan istimewa buat isterinya.

@rosyamnor40 ❤️ #rosyamnor #isterirosyamnor ♬ Cinta Kita - dzaqrazky

Untuk info, Rosyam membawakan watak seorang gangster bernama Fendi BB. Selain Rosyam, filem arahan Sabri Yunus itu turut dibintangi barisan pelakon lain termasuk, Asrul Faizal, Jojo Goh, Saidi Sabri, Angeline Tan dan ramai lagi.

Duan Nago Bogho yang mengangkat kisah seorang anak seni tradisional Kelantan Mak Yong bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 Januari ini.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.